Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 9 Jun 2010

Sepetang di Dusun Pusaka


Kesempatan yang hanya ada beberapa jam setelah habis Majlis di rumah Ngoh Mioh telah digunakan sepenuhnya oleh kami, iaitu berkelah sambil mencuci alur parit di Dusun Pancor.


Kelihatan masing-masing sedang khusuk memileh batu-batu kerikil untuk dibawa balik (disesuaikan ke akuarium) hehe..



Duduk di tepi air, biasalah.. perut deras sangat lapo.. cuaca disini lebih sejuk dari Cameron Highland.



Kebetulan;.. Gulai Lemok Lada Renik Ikan Toman (Nyor Keresik Santan Buah Nyor Gugur Dari Pokok).. apa lagi lah.. lagi ke kuat lah lapo hehe

Isnin, 7 Jun 2010

Menu Masakan Kampung dan Karaoke Majlis Kahwin Kg Cherang Meriah


Sebagaimana yang dijanjikan, Tauke Karaoke En Azhar telah tiba dengan Van yang penuh sarat peralatan-peralatan Audio ke Halaman rumah Sdra Alim. Menengok pada pekakas seperti Speaker, Mixer, wayar dan suis pun mata saya dan naik pening. Saya sempat bertanya Sdra Azhar adakah barang sebanyak itu bermakna kesemua alatan Audio yang beliau ada dibawa penuh; dengan selamba dia menjawab, pekakas berkenaan hanya 50% dari jumlah keseluruhan Audio Set. Hai, satu Van Venette, sampaikan pembantu-pembantu beliau iaitu Sdra Safri Manaf dan 2 orang rakan lagi terpaksa datang dengan kereta yang berasingan.. sabo je lah hehe. Saya yang kebetulan ada disitu hanya mampu sekadar tolong memikul alat-alat aje, nak tolong mereka memasang wayar.. renti ke lah. Bukan apa, takut tersalah pasang karang.. naye je.






Jumaat, 4 Jun 2010

KUGIRAN TERKENAL ORANG ASLI POS BETAU AKAN BERKUNJUNG KE LIPIS PADA 18 dan 19JUN,2010

  • Kedatangan Zulkifli Ahmad (sepupu) meminta agar saya mendapatkan khidmat mana-mana kumpulan muzik untuk perkahwinan anak beliau di RPSB Kampung Penjom amat berat untuk saya tolak.

  • Solat Hajat Untuk Umat Palestin di Masjid Jamek Kuala Lipis

    Penduduk Kuala Lipis telah menunaikan 'Solat Hajat' bagi memohon pertolongan dari Allah Swt. Solat berkenaan telah diadakan sebaik sahaja selesai Solat Jumaat. 


    Rabu, 2 Jun 2010

    Jambatan Melengkong Tinggi Menggalah di Highway Sg Koyan - Cameron Highland


    Perkhabaran mengenai Jambatan Melengkung membeliti satu pergunungan di Jalan ke Cameron Highland dari Sg Koyan itu memang telah acapkali menjadi buahmulut masyarakat di sekitar Lipis dan Sg Koyan khasnya. Selain rekabentuknya yang mementingkan 
    keselesaan, keadaan lanskap jalan baru ini juga tidak begitu banyak kita temui kecerunan mahupun pendakian ketara. 








    Jumaat, 21 Mei 2010

    Menapak di Jalan Berbukit-Bukau Pos Tual, di Pedalaman Lipis

    Kereta Tua Jabatan merangkak uzur meniti dan meranduk jalan-jalan berlurah, diselangi bunyi hantukan aras lantai dan birai dinding menggesel bebatu yang terdapat dipermukaan serta tebing jalan. 

    Disaat sebegitu, geroh dan kemalapetakaan 90% bergantung kepada kepakaran dan cara lenggang-genggaman pemandu melayan setering. Jika terlalu berhati-hati dalam memandu pun tidak diharuskan, ini kerana distinasi yang dituju masih jauh.