Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 2 April 2010

Kampung Budu di Era 60,..70,..80,..90han



Artikel Berikut ini di Khaskan Untuk Tatapan Generasi Yang Tidak Berkesempatan Menjalani Kehidupan Unik di Era Zaman Sebelum Ada Air Paip dan Lampu Letrik.
Disaat perkhidmatan Bas Lin Siong sedang rancak berulang-alik memunggah penduduk-penduduk sekitar Kampung Budu, Kampung Terap, Kg Tua, Kemahang, Kg Kaduk, Kg Rengai, Tanjung Besar, Kg Belimbing, Jerangsang; suasana disepanjang jalan dikampung-kampung berkenaan amat meriah, bahagia dan hidup harmoni meskipun tanpa ditemani kemewahan dan kemudahan asas seperti kita masa ini. Cuma yang ada hanyalah Pondok antik Talipon Awam yang usang. 























Gambar disebelah ini adalah Balairaya zaman dulu ..hehehe.. antik ye, lengkap dengan tangga, simple dan penuh seni.. Mungkin ramai yang tak tahu cabaran untuk mencari tukang rumah (kontraktor) dizaman itu. Dizaman sekitar 70han, kerjaya KOntraktor bukanlah satu bidang yang diminati seperti zaman ini. Dahulu bilangan Kontraktor di Lipis ini hanyalah berjumlah 5 orang sahaja..hehe, tak caye.. gih tanya sesiapa kakitangan kerajaan yang dah nak pencen. Punyalah susah, sampai Ketua-Ketua Jabatan terpaksa pujuk, ox tolonglah buat, bukan nye lame sanget.. pujuk, si KOntraktor ni mula pura-pura menolak kekonon hahaha. Tanpa pengetahuan berbentuk kursus, yang kita pelik, boleh disiapkan, malah penuh berkualiti hasil kerja mereka.. Bayangkanlah kerja di Ulu-ulu kampung yang tiada jalan raya, terpaksa bawak dengan perahu semua simen, papan, atap, batu bata..siap pada tempuh ditetapkan.. amboiihh semangat orang dulu-dulu ye..

TV Hitam Puteh antik

























Tiada ulasan: