Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 9 Mei 2010

Berkelah di Dusun Durian

Suasana yang damai pada petang itu telah mengumpulkan kami, dengan bilangan seramai 9 orang kaum keluarga mencatitkan sejarah bilamana kami melangkah kaki ke Dusun Durian di Pancor. Dusun ini terletak lebihkurang 800m dari rumah usang kami. 



Pada mulanya kami berhajat untuk berjalan kaki sahaja, konon-konon nak mengimbas kembali suasana dimasa budak-budak dimana dulunya kekebun tersebut hanya berjalan kaki sahaja. Tapi memikirkan kesihatan kakak-kakak yang dah agak berusia, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan dan kami memileh untuk naik Pajero beramai-ramai. 

Diimbau kembali saat-saat dizaman kanak-kanak dahulu, berulang alik ke Kebun Durian yang terkenal dengan bukit-bukau itu seperti senaman sahaja hehehe.. tenaga muda katakan.. Tapi berlainan bila masing-masing dah menjengok usia 50han.. membongkok atau memanjat sikit, mulalah sakit pinggang. Bukan sahaja perlu dijaga tubuh luaran badan, mental juga wajib dikawal; seperti jika berdepan dengan suasana yang mencabar kesabaran dan sebagainya. 

Kadang-kadang ada juga terfikir didalam hati nak bersara awal,..dengan keadaan kerja sekarang yang begitu banyak tekanan berupa pra-syarat untuk kenaikan pangkat dimana terlalu banyak format-format yang hendak ditulis. Entahlah, mungkin hanya hati tua saya sahaja yang merasakan begitu, tak berani pula nak mengiyakan. 

Berbalik kepada projek ke kebun tadi; Sementara menunggu kakak-kakak dan mereka semua memunggah barang-barang kedalam kereta, saya mengambil kesempatan memeriksa apa yang patut terhadap injin kereta, keadaan tayar serta menyusun kedudukan barangan sediada dalam kereta saya. 

Setelah selesai, saya berehat sekejap di bangku (badan lesung kayu lama) sambil menghisap rokok. Pandangan saya tertumpu ke rumah usang pesaka yang dah mula menampakkan keuzurannya, bilalah agaknya Pejabat Daerah Lipis nak repair? Dengar cerita dari orang-orang kuat JKKK Kg Terap, nak repair tahun ini. Tahun lepas pun ada jugak cakap nak direpair,..sambil menghela nafas panjang, saya berjalan memeriksa keadaan tiang rumah yang sudah terlalu uzur, begitu juga keadaan atapnya yang bocor sana, bocor sini..saya kira sendiri ada 13 kebocoran..adehh.

Lamunan saya terganggu bila terdengar suara anak saya memanggil sambil mengatakan semua barang-barang sudah siap... hehehe, hai suka sanget demenye kalau sebut nok ke Kebun Derian, tau dah..deme bukan nok menebas sanget tu, bantei nok mandi dalam alur..tau dahhh..


sambung esok ye.. memengsan letih tadi menebas.

Tiada ulasan: