Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 4 Mac 2010

Perlawanan Persahabatan Gabungan Budu Vs Pesaka Lipis











Lipis- Perlawanan Bolasepak antara Gabungan Pemuda Budu melawan Kelab Pesaka Lipis (Pejabat Daerah dan Tanah Lipis) telah berlangsung dalam suasana muhibbah. Budu telah membariskan muka-muka baru yang di ketua oleh (Jepon.. anok Din/ anok sedara Dol). Meskipun kalah 2-1 namun mereka telah mempersembahkan permainan yang mantap. Pengurus Pasukan: Besor; Pengadil perlawanan: Pak Chu Leman. Bertempat di Padang Sekolah Menengah Orang Kaya Haji Lipis.
Syukurlah Budu masih mampu mengujudkan satu Team Bola meskipun populasi penduduk Kampung Budu semakin berkurangan lantaran tuntutan keadaan yang memaksa anak-anak muda berhijrah untuk mencari peluang rezeki. Sebenarnya kita semua terpaksa menerima hakikat kemeriahan Mukim Budu hanyalah bilamana menjelang musim-musim perayaan atau bila adanya kenduri kahwin di Kampung. Bila perantau ini kembali semula ke tempat dimana mereka tinggal, Budu kembali sepi tanpa keriuhan dan gurauan. Adakah esok menjanjikan Budu akan kembali bangkit seperti Budu yang ku kenal 20 tahun dahulu? Hanya keadaan yang akan menentukan...

Tiada ulasan: