Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 19 Mei 2010

Meninjau Tapak Untuk Kebun Sayur


Sindiran tajam Mak Cik Penjual Sayur di Pasar masih terngiang-ngiang ditelinga, cukup mencabar kesabaran sesiapa yang mendengar. Namun begitu ada baiknya dia bercakap, setidak-tidaknya dia seorang yang tidak berpura-pura.. Memang ada kebenarannya; "Orang sekarang mana kenal dah cangkul dan tanah.. pegang cangkul pun entah-entah terbalik, tambah-tambah pulak orang makan gaji,..", ucap Mak Cik Tadi kepada seseorang yang sama-sama berdiri disebelah saya.



Walaupun ucapannya lebih kepada tujuan bergurau namun ianya cukup menyedarkan telinga yang mendengar, kebetulan bulan ini (mei 2010) memang bulan teruk saya,.. bulan yang banyak guna duit. Yang pelik, bila sahaja tak berduit nampak orang sedang minum Teh O pun terliur, nampak mamak tengah menebar roti canai lagi lah berlenja air liur..adehh.


Motorsikal pulak macam tau tau.. masa tengah sesak ni lah juga dia bantai rosak. Ada baik juga kena sindir dek mak cik pasar tu; terpacul lah juga idea nak menyangkul tanah buat kebun sayur kecil kecilan barang sedepa dua hehehe. Sekadar lepas untuk makan pun rasanya dah syukur. Nak salahkan orang lain, tak boleh jugak.. memang sekarang dah zaman semua sekali perlu berjimat cermat. Jalan terbaik.. Sayur.

Yang Remeh Temeh - Pak Pandir

Semua Naik - Ali Mamak

Tiada ulasan: