Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 24 Februari 2010

Menebas Tanoh Kelompok Belia di Basong (Dekat Kg Tua)
















Bila ari minggu kawas dengan makcik moknyang moktam kinah dan nora belakeh mehalabanglah menebas ke Tanoh Kelompok Belia di Basong (bersebelahan dengan Gedung Cina, Kg Tua) hehehe... Sejarah Gedung Cina ni dulunya merupakan tempat penduduk Cherang,Kg Terap menimba ikan, orang yang tak makan disaman masa teh Mbong Malek (Sekarang duduk di Sungai Ular <---SILA KLIK) , dialah yang jadi otai kepada group-group maca Keling Wahab, Pak Ndok Keledek, lias Ngoh Amoh. Tapi sekarang alur Basong teh dah tak terurus dah..ikan pun tak sebanyok dulu. Tanoh Kelompok ni dah berusia 18 tahun. Seramai 36 peserta kesemuanya. Cuma 18% yang benar-benar telah berjaya menanam pokok-pokok maca derian, petei, langsat, gelugor, manggis, dokong, yang lain, bukan malas agoknye..cume te ede mase. Kawas mengucap terima kasih kepada kawan-kawan terutamanya Pak Ndok Abu kita sebab bersusoh payoh bebaru ni menolong menyukat keluasan tanoh kawas bersama-sama dengan Pejabat Tanoh Lipis, bab rajin menolong kita tak boleh lawanlah dengan Pak Ndok Abu. Begitu juga dengan penyertaan beberapa orang anak-anak Terap yang lain seperti Rojak Pok Man, Man RISDA, Cikgu Rosdan, Aim Arwoh Ngoh Siloh, Ha Tokok, Adik Cikgu Rosdan, Din Pok Man, Pak Chu Samsudin, Hj De Johari (DJ) dan beberapa orang lagi. Semoga Usaha kita di rehai Allah swt.









Rancangan Pembesaran Kampung (RPK)

Kawas ade juge tergerok nok mohon untuk Fasa 2; khas untuk Belia/Beliawanis pareh-pareh anok kawas barang 2 ekar jugeh.. ade juge berhajat nok ujudkan 'Tanoh Kelompok khas (buat anok watan yang lahir di Terap/yang berjasa pada Kg Terap/Yang pernoh menjalani kehidupan di Terap/bukan lahir di Terap tapinye membesor di Terap) Pesara atau Yang Akan Bersara, tak kira Kerja Kerajaan ke Swasta ke atau juga Yang bekerja sendiri, memana yang te ede rumoh/tanoh atas name sendiri; dan berhajat nok balik ke Kampung.. rerasenye boleh kita pakat-pakat ngan Penghulu Budu agar di Ujudkan 'Rancangan Pembesaran Kampung', RPK neh lame met dah diperkenalkan Kerajaan menerusi Pejabat Daeroh, Camane pendapat demeh weh,,? Tanoh padang rezab di Jerning dedengor ada seluas 50 ekar.. Jauh, taknye jauh sanget pun dengan jalan, dedekat rumoh Man Jerning je rasenye.
Kawas macam terpanggei juge nok mengutarakan usul ini, sebab ramai tak tau tahap keselamatan sedara-mara kita di Kampung-Kampung Tradisional dimerata Mukim Budu ni dah tak boleh di ambil ringan. Kejadian seperti pukau, samun dan rompak mula meletakkan kita yang duduk berjauhan dengan sesedare mula berasa tak yakin. Kedudukan sesetengah rumah yang agak jauh dari rumah orang lain di Kampung kita sekarang ini akan memudahkan aktiviti-aktiviti yang tak bertanggungjawab berkenaan.  
Ujudkanlah sebuah penempatan yang sesuai agar keselamatan keluarga kita terjamin. Kita pulak dapat mencari rezeki dengan tenang diperantauan, bila ada perkampungan berbentuk taman atau kalau nak lebih selesa lagi diujudkan tapak lot rumah seperti di sesetengah tempat maca di Agropolitan Kg Tg Gahai. Mungkin arini musibah seperti rompakan itu tidak berlaku kepada adik beradik atau ibubapa kita, apakata jika ianya menimpa saudara dekat kita? sesamalah kita renung dan fikirkan, sebab di Kampung Budu, Terap, Beluan, Durian Rendang belakeh seme tu puok kabok kita belake, tamboh pulak Penghulu kita sekarang ni Penghulu Budu (mungkin ramei yang tak tau) ialah anok watan kelahiran Budu, orang jerning,  ipar kepada Pak Lang Molok Lubuk Hei'k.. hehehe senyum Penghulu kalau baca neh. YB Dato' rasenye takde masaloh, dia mesti setuju sebab mende ni semua akan memeriahkan Kampung Budu, semua aktiviti akan dapat diselaras dan dikembangkan dari semase kesemasa.




































































.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kawas pun endok juge weh.. Ta (Cherang)

atanpakcek berkata...

Kita buat langkah pertama dulu, kumpul 60 keahlian. Mesyuarat J/kuasa penaja. Pembentangan rangka tindakan bersekali ketetapan undang-undang kecil koperasi. Penetapan yuran, kekerapan mesyuarat agung, pemeriksa kira-kira bertauliah, menaiktaraf produk-produk sediada dan produk baru. Current akaun seterusnya sessi membahaskan pengurangan dan penambahan enakmen-enakmen koperasi kita serta macam-macam yang perlu di bentangkan. RM30,000.00 memang akan disalurkan oleh kementerian kalau tak saloh. Disini peranan orang-orang lama yang perenoh aktif dalam koperasi serta khidmat nasihat wakil pertubuhan koperasi perlu kita jemput hadir.

Tanpa Nama berkata...

Wah...du demeh dah jadi penoroka pulak cantik lu sekurangnye ada tanohlah

atanpakcek berkata...

alhamdulillah tak seluas mana Tanpa Nama, itupun tanoh yang mohon reramai.. yang mohon individu 20 tahun dulu rerasenye tak dapat atau belum tau status jawapan dapat ke tidak.

Perentas masa berkata...

bete lah atan ama mohon individu ni keh jenuh doh mohon manjang kena tolok ade aje masalah

atanpakcek berkata...

ye ox..melampau kedekut deme nyeh. Nok kira mende lah sangat seekar dua, tak boleh kaya laa setakat 2 ekar teh. Entah faktor mende lah jadi susoh sanget nok bagi lulus teh..kate nye org kita kelantan di Relai tu senang amet pulak lulus nye sampai berpuloh-poloh ekar. aduhh