Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 4 Mei 2010

Membelah Rimba Pos Titom



Belumpun reda kepenatan akibat dihayun goncangan kereta disepanjang jalan, kami disuakan pula dengan satu lagi cabaran berupa lambakan pokok tumbang dan jalan merekah yang curam dan berbahaya.


Diperhatikan rupabentuk jalan secara keseluruhan, tidak keterlaluan kalau saya katakan; jalan dihadapan kami ini belum boleh diiktiraf sebagai jalan yang selamat untuk dilalui. Ini kerana jalan tersebut hanya dibina oleh pihak Kontraktor untuk kegunaan lori mereka memunggah alatan kerja. 





Pos Titom; sebelum jalan ini dibuat sememangnya masih tidak mempunyai jalan perhubungan. Diamati dari keadaannya sahaja sudah cukup untuk kami berfikir dua kali samada ingin teruskan perjalanan atau sebaliknya. Jika hendak dibandingkan antara jalan ini dengan Pos Lenjang atau Pos Senderut.. jauh lebih selamat didua jalan tersebut.



Selain rupa bentuk jalannya yang tidak mempunyai lapisan crusher run, jalan ini didhaifkan lagi dengan lipat-sirat pohon-pohon kayu tumbang serta bonjolan batu-batu yang boleh membocorkan tayar kereta kami jika tidak berhati-hati memandu. 
Saya jengok kearah odometer kereta, tertera beberapa angka yang menunjukkan kami dah merentasi jarak 34.3KM dari Pos Betau. Masa yang sepatutnya digunakan untuk bergerak ke Titom terpaksa dikorbankan untuk kerja memangkas dahan-dahan pokok bagi membolehkan kami lalu. Kekesalan kami pada hari itu kerana terlupa membawa 'Chain-Saw', sebab niat asal kami hanya hendak ke Pos Lenjang sahaja dan tidak pulak menyangka untuk masuk ke Pos Titom, manakala parang cuma ada satu..kalau tajam bolehlah bergantung harap,.. bayangkan nak memutuskan dahan sebesar lengan perlu berkederat hampir setengah jam..hehe. Lama juga untuk kami membuang dahan-dahan pokok tumbang berkenaan, ada rasa-rasanya hampir satu jam..sebelum tiba 2 orang pemuda anak orang asli membantu kami. 

Dicongak pada keadaan dahan-dahan pokok tumbang berkenaan, kalaulah kami yang membuangnya..harus juga sampai gelap hari tak akan berjaya disiapkan..tapi, 2 orang ni sambil-sambil mengisap rokok daun,.. setengah jam semua licin dan bersih dikerjakannya..siap dengan kerja punggah dan susun ketepi semua dahan-dahan tersebut.. hehehe. 

Setelah bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada mereka, saya membelanja 2 batang rokok setiap seorang sekadarnya.. Sebelum kami menyambung perjalanan, salah seorang dari budak ini menerangkan serba sedikit keadaan jalan dan rintangan yang bakal kami tempohi. Menurutnya, kereta kena menyeberang sungai.. sebab yang ada cuma Jambatan Gantung muat sebuah motorsikal sahaja. 

Tersirap juga darah bila membayangkan perkataan 'menyeberang' tu.. Bukan manusia yang menyeberang ni; sebaliknya kereta yang perlu menyeberang..  Apa pun sebahagian target kami hari itu berjaya juga di laksanakan, seperti pengukuran kadar cadangan pembinaan jambatan dan sedikit sebanyak mengenalpasti jalan-jalan yang perlu dibuat.
Semuga ada kesudian saudara-saudara untuk mengikuti cerita seterusnya..bagaimana sukarnya kami bergadai nasib ke Penempatan yang bernama 'Pos Titom'..


Keadaan titi batang kayu (Gambar Kiri) jika kita amati kadar lilitan kayunya tidaklah sebesar mana, tidak berteras, ini juga membuatkan saya pada mulanya keberatan untuk membenarkan pemandu Pajero kami menyeberangnya.
 
Ini kerana susunan kayu tersebut tidak diikat dengan wayar rope.. hanya disusun-letak gitu-gitu sahaja..tapi disebabkan tiada pilihan, tawakkal je lah hehehe...


Jambatan perlu dibina disini..inilah kawasan yang paling bahaya, dimana kami terpaksa meredah sungai yang berbatu.

Lebar tau sungai ni.. hampir 28m jugak itupun tak campur tebing dan penambakan.. adehh.




Haa.. macam mencari ilham je tuh.. hehe





Batu didasar (tempat komeh pijok ni) licin.. saya sendiri tak berani, bantei umpan ke bebudak berdua,.. lantak bior deme ukor.


Ombouihh.. lega bila kereta yang tadi terhenjut-henjut, terserenggung kiri kanan berjaya mencecahkan tayarnya ke pinggir tebing hehehe terserenggung tuh makna dia.. terhuyung hayang..

Tengok jalan ni.. sembunyi rimau belang pun tak nampok. Aiikkk ade tau rimau.. yang sah ada.. yang bergading tu..


Teruk jalan dia yek?



Lawo juge kan kampung, kemas,.. bersih.





Amboihh Pelakon Harapan Lelaki 2010 hehehe




 
Tapi betul,.. ini bukan main-main, kecut perut-perut.. bayangkan kalau tersilap pandu, dibawah sana menanti pucuk pokok Tualang dan batu-batu tajam pada kedalaman 120m.. adehhhhh.


Jambatan ni pernah dulunya kaweh memucat muka melintasi, naik motorsikal,.. ekeke Dato' Exco Wan Rosdi semacam je dia membonceng, kaweh turun weh.. tak berani hehehe

Untuk mengetahui Penempatan Kaum Orang Asli di Serata Malaysia..KLIK SINI

Ataupun Untuk lebih terperinci Info berkaitan Kaum-Kaum Orang Asli di Malaysia..KLIK SINI









Cube demeh tengok kambing tu.. payoh sekarang tau nok cari Kambing Baka Kampung, haa kalau nok beli Kambing, pegih jumpe Tok Batin tu.. pernoh dulu beli RM320.00 jeh.


Setelah 2 jam sesak nafas, akhirnya sampai juga kami ke penghujung destinasi.. iaitu Sekolah Kebangsaan Pos Titom.. Berehat seketika..minum air mineral seteguk dua.. Kami berpatah semula ke jalan tadi untuk pulang ke Betau - Koyan dan seterusnya ke Kuala Lipis. Terima kasih Titom; kerana telah memberi kami pengalaman yang amat bermakna dan berharga.

Tiada ulasan: