Biar hujan mencurah-curah lebat, petir berdentum bersulam ribut,.. namun untuk tidak pergi ke kedai membeli sekotak rokok tidak sekali-kali.. hehehe. Mahal mana lah, besar manalah kotak rokok yang hendak di ubah. Ibarat yang biasa makan sambal hitam, bila makan nasi tiada bersambal pasti selera menguncup;..
Namun khas untuk sahabat-sahabat yang hendak mencuba alternatif berikut, boleh lah ansur-ansur baca artikel dibawah ini;.. mana tau ianya akan berjaya mengubah tabiat kita yang selama ini berkebuk tu hehehe...
Rokok elektronik atau dikenali E-cigarette adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Rokok elektronik tidak memiliki kandungan tar, karbon monoksida dan bahan kimia yang menyebabkan kanser.

Satu kajian saintifik mendapati rokok-e mengandungi karsinogen dan bahan-bahan kimia bertoksik seperti diethylene glycol.
SEBANYAK 19 variasi rokok elektrolik telah diuji dan didapati tidak selamat.
Syarikat-syarikat Britain yang menjual rokok-rokok ini bagaimanapun mendakwa rokok-rokok standard itu tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya dan toksin berkarsinogenik.
Namun, Pentadbiran Perubatan dan Makanan Amerika Syarikat (AS) yang telah menguji 19 variasi rokok elektronik telah mengeluarkan surat amaran tentang tahap keselamatan produk-produk ini.
Meskipun rokok-e diharamkan di sesetengah negara seperti Kanada, ia boleh didapati dengan mudah melalui pelbagai laman web Britain. Malah, sebahagiannya juga mengandungi perisa seperti strawberi dan karamel yang dibimbangi boleh menarik minat pengguna kanak-kanak.
"Kami mengesyorkan sesiapa yang ingin berhenti merokok agar mencuba produk nikotin perubatan lain seperti gula-gula getah atau inhalator yang telah diuji selamat dan berkesan," kata Deborah Arnott, Pengarah Action on Smoking and Health AS. - Independent
Tiada ulasan:
Catat Ulasan