Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 6 April 2010

Jamuan Pertukaran Rakan Sekerja JKR Lipis

Majlis ringkas berkenaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada jam 8.30pagi dimana melibatkan seramai 2 orang kakitangan jabatan ini. Pegawai tersebut adalah En. Zainal Ariffin yang bertugas sebagai Pelukis Pelan dan Puan Noor Azlin Pembantu Tadbir.




Rakan-rakan saya ini akan memulakan tugas di Jabatan mereka iaitu di Pejabat Daerah Lipis. Majlis yang di Pengerusikan olih Jurutera Jalan ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai seperti Pembantu Jurutera Bangunan, Pembantu Jurutera Pendidikan, Ketua Kerani serta semua kakitangan JKR pentadbiran termasuklah kehadiran semua unit serta pelajar-pelajar praktikal.






Jurutera Jalan dalam ucapannya telah memohon maaf bagi pihak semua kakitangan JKR Lipis serta berharap agar kedua-dua mereka akan dapat menyesuaikan diri serta bersemangat dalam memulakan tugas di Jabatan yang baru.







Besarnya hadiah tu..                                               






Kelihatan Jurutera Jalan sedang memberikan hadiah sebagai tandamata dan terimakasih kepada En Zainal dan Puan Noor Azlin.









Antara kakitangan dan kawan-kawan yang hadir







Barisan orang-orang kuat JKR sedang khusuk mengikuti perjalanan majlis.






ini pula wajah-wajah ceria hari itu; cik Maria, Cik Umi dan adik-adik praktikal.
Kelihatan masing-masing sedang mengambil makanan, sedap ye kueh pelita tu.







En Wan menolong mengaut peha ayam ke pinggan adik-adik praktikal, sementara Lin sedang menunggu giliran.








Kelihatan otai-otai JKR sedang berbincang sesuatu dengan En Sharit.







Ini pula Puan Fizah sedang menjamu selera. Fizah ni baru bertukar ke JKR, dahulunya beliau di Pejabat Daerah. Selamat Datang Fizah.







Menu istimewa hari itu.. enak dan menyelerakan.

Tiada ulasan: