Teringat kisah YB-YB kedai kopi (ahli tetap kedai Kopi Kampung) menghurai panjang-lebar pasal pemasalahan kampung. Seperti pagi-pagi sebelum, suasananya sentiasa sama, disetiap Kedai Kopi Kampung pastinya ada seorang Taiko yang akan memulakan tajuk-tajuk yang hangat,.. Selalunya setelah masing-masing meneguk Teh/Kopi,.. hehehe seseorang Taiko itu akan mula membuka bicara pagi itu dengan nada setengah mengeluh.. membebel, mengkritik SiAnu itu SiPolan ini,..

Apa itu inflasi.
Punca berlaku inflasi:-
1. Inflasi Permintaan yang luar jangkaan (unexpected).Cara untuk membendung inflasi.
Penutup:-
Baiklah, Mari pula kita hayati;
TIPS MENANGANI INFLASI
Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak barang yang naik harga. Semuanya berpunca dari kenaikan harga minyak. Harga minyak naik -> kos pengangkutan naik -> kos pengeluaran produk naik -> harga barang pun naik ler.
Pendek kata, kalau harga minyak naik.. semua barang pun akan turut naik harga. Dan secara tidak langsung.. maskahwin juga berkemungkinan akan naik. Dengan itu, saya menyeru kepada labanon semua yang masih lagi “suci dalam debu” dan telah berkemampuan itu, berkahwinlah kamu sebelum kamu dikahwinkan. Hah?
Patah balik kepada cerita inflasi, inflasi boleh dibahagikan kepada 2 peringkat.
Peringkat pertama adalah kadar inflasi negara. Yang ini memang kita tidak boleh nak kawal.. ianya terletak diluar kuasa/kawalan kita.. kalau harga minyak nak naik.. ia akan naik.. kita sebagai individu tidak akan dapat menghalang atau mengawal kenaikan harga minyak tersebut. Kadar kenaikan inflasi ini biasanya tidak banyak. dalam 2-4% setahun. Perkara ini biar kerajaan dan bank negara yang uruskan.
Peringkat kedua adalah kadar inflasi keluarga. Macam mana tu? Contohnya.. dulu sewaktu kita kecil-kecil, ayah kita belanja abc tepi jalan pun, kita rasa dah ok sangat… tapi sekarang.. anak-anak kita.. ajak makan abc tepi jalan.. aiseh! jatuhlah standard. Kalau nak makan abc , kena gi baskin robins. (ada ke abc kat baskin robins? oh!) .
Contoh lain… jika dulu sekeluarga makan KFC sebulan sekali, tapi sekarang.. makan KFC seminggu sekali.
Jika dulu kalau nak beli burger just singgah mana2 stall burger tepi jalan.. tapi sekarang, kalau nak beli burger mesti tepon 1300-13-1300.
Jika dulu cuma tgk 6 channel TV (TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9) sekarang sudah tengok lebih 80 channel (Astro ler)
Kadar inflasi peringkat kedua inilah yang selalunya mempunyai kadar peningkatan yang tinggi setiap tahun… kenaikkannya boleh mencecah sehingga 10% , 30% , 75% mahupun 125% setahun. Namun begitu, satu berita gembira, anda boleh mengawal kadar inflasi peringkat kedua ini. Untuk mengawalnya.. anda perlulah berbincang dan bersepakat bersama semua ahli di dalam keluarga. Kalau tidak.. sudah juga. Yerla.. si ayah beli baju setahun sekali.. si anak beli baju sebulan sekali dan baju tersebut pula mesti anda tanda right!. Si anak berehat di kantin sekolah, si ibu pula berehat di mcD setiap hari. Susah ler nak kawal kadar inflasi kalau macam tu.. so.. kena sepakat dan bekerjasama.
Ok!.. itu cerita pasal peringkat inflasi.. sekarang saya nak bagi beberapa tips untuk anda mengawal kadar inflasi.
1) Menonton movie secara online!. Ya.. tahukah anda, anda kini boleh menonton movie secara online dengan PERCUMA! adakah saya ada mengatakan perkataan PERCUMA tadi? Tak percaya? Percayalah~~~~ (kata siti nurhaliza).. malah, saya baru sahaja menonton filem INDIANA JONES yang terbaru tadi. Ianya percuma sahaja! Tak perlu menghabiskan duit di panggung wayang dan berasak-asak beratur panjang membeli tiket. Apa yang lebih menarik, anda bukan sahaja boleh menonton filem yang ditayangkan di Malaysia, tapi.. filem2 yang tak masuk malaysia pun anda boleh tgk sekali.
Tak caya? Pergi tengok kat Watch Movies Online. Memanglah.. kualitinya agak kurang sedikit (standard cd pirate) dan tiada subtitle bahasa melayu. Tapi! okla tu.. free je kan?..
2) Brand No More! . Ya.. sesuatu barang itu akan menjadi mahal disebabkan jenama. dan jenama ini pula biasanya mengambarkan 2 perkara.. kualiti dan juga gaya. Jika anda ingin membeli barangan yang berjenama.. pastikan jenama itu “berjenama” di sebabkan kualitinya, bukannya disebabkan “ayat-ayat bunga” yang memujuk anda untuk menjadi lebih bergaya. Tetapi, apa yang lebih penting, belilah sesuatu itu mengikut keperluan. Contohnya, jika anda hanya perlukan seutas jam tangan yang boleh menunjukkan anda masa, cukuplah sekadar membeli jam tangan yang tahan lasak sedikit yang mungkin berharga RM30-RM300. Tak perlulah beli jam tangan yang berharga sehingga RM3,000 – RM30,000. (Eh? ada beb orang beli jam tangan sampai RM3,000.. bukan jutawan pun mamat tu.. kerani je! Gua pernah jumpa beb orang macam nie..memang gua tak paham la beb kenapa dia sanggup beli jam semahal tu. Kena tipu kot? oh!).
Contoh lain, Jika anda perlukan sebuah handphone yang boleh membuat panggilan telefon, menghantar sms, berkamera, bermuzik, mempunyai sambungan internet 3G, wifi dan HDSPA kerana ia penting untuk kerja2 dan kehidupan seharian anda dan hanya N95 yang dapat memenuhi semua keperluan itu. Belilah N95 (dengan syarat mampulah).. i think it’s ok!. Perlu diingat.. anda membelinya untuk memenuhi keperluan anda.. bukannya untuk memenuhi “gaya” anda.
Pendek kata, beli sesuatu itu untuk keperluan & kualiti.. bukan untuk jenama @ gaya.
Okla.. itu je 2 tips yang “luar biasa sedikit” yang dapat saya fikirkan buat masa ini. Tips-tips biasa yang lain seperti berhenti merokok, kurangkan makan diluar, kurangkan bahan majalah picisan dan sebagainya.. itu saya rasa anda sudah boleh fikirkan sendiri..
Benarkah Wang Kertas Sudah Tiada Nilai.. ketahui selanjutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan