Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 24 April 2010

Cuepacs mahu bincang semula peraturan dengan JPA pada 5 April: Omar

KUALA LUMPUR: Cuepacs akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 5 April ini bagi membincangkan semula syarat baru bersara pilihan yang kini diperketatkan dan disifatkannya tidak adil kepada kakitangan awam. 
Presidennya, Omar Osman, berkata hasil maklum balas diterima pihaknya selepas pekeliling mengenai syarat baru itu diedar bulan lalu, menunjukkan lebih 90 peratus kakitangan perkhidmatan awam, termasuk kalangan Pengurusan dan Profesional tidak bersetuju dengan syarat itu. “Setiap kakitangan perkhidmatan awam yang memohon bersara pilihan mempunyai sebab tersendiri dan gratuiti yang sepatutnya mereka peroleh dan diganti dengan sagu hati sebanyak 20 peratus ganjaran atau RM10,000 atau mana lebih tinggi itu sememangnya tidak dapat diterima.

“Setiap kakitangan perkhidmatan awam memohon bersara pilihan dan menerima ganjaran penuh seperti sebelum ini mempunyai perancangan mereka sendiri seperti menggunakannya untuk melunaskan hutang, menampung kos perubatan dan kesihatan dan sebagainya.

“Bagaimanapun, ini mungkin akan terjejas disebabkan pelaksanaan syarat baru itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar semalam melaporkan JPA mengetatkan permohonan bersara pilihan kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA, Datuk Yeow Chin Kiong, berkata antara syarat baru yang diperkenalkan mulai 1 Februari lalu ialah kakitangan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi ketika bersara pilihan berbanding bayaran sekali gus seperti sebelum ini.

Omar berkata, Cuepacs akan memohon JPA mencari mekanisma lebih adil dan memberikan situasi menang-menang kerana syarat baru yang diperkenalkan itu tidak dipersetujui majoriti kakitangan awam.

“Saya juga sudah berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini bagi menyuarakan kebimbangan selepas syarat baru bersara pilihan diperkenalkan selepas mendapat maklum balas negatif pelaksanaannya daripada banyak pihak.

“Apa yang diharapkan melalui perbincangan itu nanti satu mekanisme baru atau syarat baru yang mula berkuat kuasa sejak Februari lalu dikaji dan diteliti semula kerana pasti ada mekanisme lain yang boleh digunakan dalam menangani perkara itu,” katanya.

Omar berkata, Cuepacs juga menjangkakan syarat baru yang diperkenalkan itu juga akan memberikan kesan kepada kenaikan pangkat di kalangan pegawai lebih rendah kerana pergerakan jawatan yang perlahan disebabkan syarat ketat permohonan untuk bersara pilihan. 

Jumaat, 16 April 2010

Merisik Asal Usul Dinar dan Dirham.. Mari Kita Fahami

Kemanapun Dinar dan Dirham dibawa, nilainya tidak akan berubah . Sekeping syiling
Dinar dan Dirham akan tetap 4.25 gram emas 22 karat, dan sekeping Dirham adalah
3 gram perak tulin .











Inflasi tu Apa..? Nasi Basi ke..?



Teringat kisah YB-YB kedai kopi (ahli tetap kedai Kopi Kampung) menghurai panjang-lebar pasal pemasalahan kampung. Seperti pagi-pagi sebelum, suasananya sentiasa sama, disetiap Kedai Kopi Kampung pastinya ada seorang Taiko yang akan memulakan tajuk-tajuk yang hangat,.. Selalunya setelah masing-masing meneguk Teh/Kopi,.. hehehe seseorang Taiko itu akan mula membuka bicara pagi itu dengan nada setengah mengeluh.. membebel, mengkritik SiAnu itu SiPolan ini,..
Tukang bangkang mesti ada seorang berdua buat memerahkan cuping telinga si Taiko.. Volume suara masing-masing mesti dikuatkan agar lebih menghangatkan suasana. Untuk melengkapkan keadaan, mesti juga ada yang berperanan 'senyum memperlekeh', yang berani sikit akan bercakap "Aaa sudah lahhh...bla bla bla..", hehehe lagi lah menggelegak keadaan. Setelah berjela-jela, berjam-jam berbahas, bahas..balas..balas bahas..tetiba seorang budak kecik (anak salah seorang pelanggan agaknya) mencelah bertanya; yang sedapnya masa budak kecik ni bertanya keadaan masa itu sedang senyap; "Mende Inflasi tu haah..? Semua Peguam sangkut dan para Pembahas tadi terdiam..dan memasing menengok jam di tangan..mulalah si A ada nak angkat getah, ada yang beralasan nak beli beras, nak jemor padi hehehe. Ok lah,.. biasalah Kedai Kopi.. jika tak begitu tak meriah pulak suasana,.. Mari kita kupas secara ringkas makna 'INFLASI'



Rabu, 14 April 2010

Satu Kebetulan Atau Petanda?

Mari sama sama kita semak kesahihan tarikh tersebut dibawah; JUMAAT :-


27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha
18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah

25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas
01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi
26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW
28-06-2010 Jumaat Hari Wesak
05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali
10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri

01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan
15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari

Terima kasih kepada Blog Myjmti.findtalk atas info dipaparkan 

Terima kasih juga kepada anishayati berhubung info yang sama

Berkenalan Dengan Rokok Elektronik


Biar hujan mencurah-curah lebat, petir berdentum bersulam ribut,.. namun untuk tidak pergi ke kedai membeli sekotak rokok tidak sekali-kali.. hehehe. Mahal mana lah, besar manalah kotak rokok yang hendak di ubah. Ibarat yang biasa makan sambal hitam, bila makan nasi tiada bersambal pasti selera menguncup;..
Namun khas untuk sahabat-sahabat yang hendak mencuba alternatif berikut, boleh lah ansur-ansur baca artikel dibawah ini;.. mana tau ianya akan berjaya mengubah tabiat kita yang selama ini berkebuk tu hehehe...


Rokok elektronik atau dikenali E-cigarette adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Rokok elektronik tidak memiliki kandungan tar, karbon monoksida dan bahan kimia yang menyebabkan kanser.
Rokok elektronik tidak memerlukan pemetik api untuk di hidupkan. Perokok hanya perlu menghisap rokok elektronik dan secara automatik komponen elektronik didalamnya akan dihidupkan. Kelebihannya adalah perokok boleh menghisap rokok elektronik ini di mana-mana sahaja kerana ia tidak mengeluarkan asap yang merbahaya. Malahan boleh juga menghisap di kawasan larangan merokok kerana belum ada kawasan untuk larangan merokok rokok elektronik.
Tapi.. Nanti Dulu..
PEROKOK yang menggunakan rokok elektronik atau rokok-e kini didapati terdedah kepada bahaya bahan-bahan kimia beracun. Rokok-e yang menawarkan campuran cecair nikotin, perisa dan bahan-bahan kimia lain tanpa asap ini terbukti tidak 100 peratus selamat.

Satu kajian saintifik mendapati rokok-e mengandungi karsinogen dan bahan-bahan kimia bertoksik seperti diethylene glycol.


SEBANYAK 19 variasi rokok elektrolik telah diuji dan didapati tidak selamat.

Syarikat-syarikat Britain yang menjual rokok-rokok ini bagaimanapun mendakwa rokok-rokok standard itu tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya dan toksin berkarsinogenik.

Namun, Pentadbiran Perubatan dan Makanan Amerika Syarikat (AS) yang telah menguji 19 variasi rokok elektronik telah mengeluarkan surat amaran tentang tahap keselamatan produk-produk ini.

Meskipun rokok-e diharamkan di sesetengah negara seperti Kanada, ia boleh didapati dengan mudah melalui pelbagai laman web Britain. Malah, sebahagiannya juga mengandungi perisa seperti strawberi dan karamel yang dibimbangi boleh menarik minat pengguna kanak-kanak.

"Kami mengesyorkan sesiapa yang ingin berhenti merokok agar mencuba produk nikotin perubatan lain seperti gula-gula getah atau inhalator yang telah diuji selamat dan berkesan," kata Deborah Arnott, Pengarah Action on Smoking and Health AS. - Independent

Selasa, 13 April 2010

PERANGKAP TERUBING






Perangkap sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menangkap haiwan seperti pelanduk, arnab, ayam hutan dan sebagainya. Perangkap biasanya di pasang di dalam semak, belukar atau hutan. Ia berbentuk seperti perumah dan diperbuat daripada bahan-bahan seperti kayu dan buluh. Batang kayu panjang seperti rod akan disusun berselang-seli dan diikat diantara satu sama lain sehingga berbentuk seakan-akan sebuah para kayu untuk menyerkup haiwan yang masuk kedalamnya. Perangkap akan diletak dengan cara terlangkup. Pada hujung perangkap akan ditelangkup sehingga mencecah tanah manakala pada hujung yang satu lagi akan diangkat dengan menggunakan tali di bahagian atas. Tali tersebut akan disangkut pada batang kayu supaya hujung perangkap yang terangkat tidak jatuh. Terdapat tali yang kedua berfungsi untuk menahan tali pertama. Hujung tali tersebut akan dipasak kedalam tanah pada bahagian perangkap yang mencecah tanah. Iaitu berhampiran umpan manakala hujung tali kedua yang satu lagi akan diikat pada kayu yang menahan tali pertama. Terdapat juga batu yang diletak pada bahagian atas perangkap berfungsi sebagai pemberat. Umpan seperti buah-buahan atau bangkai binatang akan diletak pada bahagian hujung perangkap yang mencecah tanah supaya ia dapat menarik perhatian haiwan supaya masuk terus ke dalam perangkap. Haiwan yang masuk dalam perangkap bertujuan untuk memakan umpan tersebut akan berlanggar dengan tali yang kedua sehingga putus dan hujung perangkap yang terangkat akan jatuh. Perangkap masih lagi digunakan oleh penduduk kampung terutama bagi menangkap binatang pemusnah seperti tupai, dan juga binatang lain seperti landak, Kancil dan sebagainya.

(Note: Gambar-gambar yang dipaparkan cuma sekadar hiasan, sumber Foto-foto ini diambil adalah menerusi Album-album kawan-kawan Blogger dan serba sedikit dari sumber pihak pengarang sendiri.. semuga mendapat keizinan kawan-kawan).









Ahad, 11 April 2010

Harga Kereta Tempatan Kita

Harga Semasa Kereta Baru Proton

Proton Waja
Model Harga (RM) D/Payment Pinjaman 7 thn 9 thn
WAJA CAMPRO 1.6 PREMIUM MANUAL
59,388.00
5,888.00
53,500.00
810.00
668.35
WAJA CAMPRO 1.6 PREMIUM AUTO
62,888.00
6,288.00
56,500.00
856.00
707.10
Proton Gen-2
Model Harga (RM) D/Payment Pinjaman 7 thn 9 thn
GEN 2 1.3 AUTO – SOLID
46,033.29
4,633.29
41,400.00
627.41
524.78
GEN 2 1.3 AUTO – METALLIC
46,899.54
4,699.54
42,200.00
639.53
534.92
GEN 2 1.6 MANUAL ECH B
51,510.66
5,210.66
46,300.00
701.66
586.90
GEN 2 1.6 AUTO ECH B
55,234.32
5,534.32
49,700.00
753.19
629.99
GEN 2 1.6 MANUAL HIGHLINE
55,933.33
5,633.33
50,300.00
770.67
645.98
GEN 2 1.6 AUTO HIGHLINE
58,919.46
5,919.46
53,000.00
803.20
671.82
Proton Wira
Model Harga (RM) D/Payment Pinjaman 7 thn 9 thn
WIRA 1.5 MANUAL A/B SE
47,476.58
4,776.58
42,700.00
647.11
541.26
WIRA 1.5 AUTO A/B SE
49,972.03
4,972.03
45,000.00
681.96
570.42
WIRA 1.5 MANUAL SEDAN – PECA
43,238.33
4,338.33
38,900.00
589.52
493.09
WIRA 1.5 MANUAL SEDAN – ECH
46,383.41
4,683.41
41,700.00
631.95
528.58
WIRA 1.5 AUTO SEDAN
48,744.14
4,844.15
43,900.00
665.29
556.47
Proton Savvy
Model Harga (RM) D/Payment Pinjaman 7 thn 9 thn
SAVVY 1.2 AMT FL METALLIC
43,182.12
4,385.12
41,200.00
624.37
522.24
SAVVY 1.2 AMT HL METALLIC
45,841.25
4,641.25
38,800.00
594.00
498.00
SAVVY 1.2 MT HL METALLIC
42,276.05
4,376.05
38,900.00
590.40
491.30
Proton Perdana V6
Model Harga (RM) D/Payment Pinjaman 7 thn 9 thn
PERDANA V6 AUTO
101,500.25
10,200.25
91,300.00
1,383.63
1,157.31
PERDANA CHANCELLOR 2.0 V6 AUTO
138,888.80
13,888.80
125,000.00
1,894.35
1,584.49
Proton Iswara
Model Harga (RM) D/Payment Pinjaman 7 thn 9 thn
ISWARA 1.3 MANUAL A/B LMST PS
26,999.00
2,699.00
24,300.00
368.26
308.02
ISWARA 1.5 MANUAL SD NPS METALLIC
36,372.4
3,672.41
32,700.00
495.56
414.50
Proton Satria Neo
Model Harga (RM) D/Payment Pinjaman 7 thn 9 thn
SATRIA NEO 1.3 MANUAL
43,500.00
4,400.00
39,100.00
592.55
495.63
SATRIA NEO 1.3 AUTO
46,500.00
4,700.00
41,800.00
633.47
529.85
SATRIA NEO 1.6 MANUAL
48,500.00
4,900.00
43,600.00
660.75
552.67
SATRIA NEO 1. AUTO
51,500.00
5,200.00
46,300.00
701.67
586.9
SATRIA NEO 1.6 MANUAL HIGHLINE
51,800.00
5,200.00
46,600.00
706.21
590.70
SATRIA NEO 1.6 AUTO HIGHLINE
54,800.00
5,500.00;
49,300.00
747.13
624.92
Proton Saga Baru
Proton Saga N-Line Manual – RM31,500
  Proton Saga B-Line Manual – RM34,998
  Proton Saga B-Line Auto – RM37,998
  Proton Saga M-Line Manual – RM37,498
  Proton Saga M-Line Auto – RM39,998

Akar Kayu Ubat Berak Darah

Ubat dia senang je.. campurkan akar-akar kayu berikut:-

Akar Salid...Akar Tempingat,..Akar Inai...Simpul Biawak..Kata orang tua-tua; Masa nok amik akar kayu tadi Bagi salam ke Nabi Alias (Niat aku nak mengambil tumbuhan ini untuk dijadikan ubat) akar kayu tadi dikatam/diracik nipis-nipis, gaulkan semuanya... pakai 3 jari masa kita mengambil racikan akar tadi.. rebus dengan 3 gelas air.. masak/rebus..kadar lama bilamana dia menggelegak dan mengering sehingga tinggalkan segelas.. selawat keatas junjungan nabi Muhammad,..minum

Gulai Lemak Gondang

Best nampok nye tu.. Tapi saya belum merasa lagi Gondang Gulai, setakat makan Bakar/pacak tu dah rasa dah.. memang sedap, rasa macam memamah kepala sotong. Gondang selalunya dukun-dukun kampung buat ubat buasir..dukun berkenaan mengembarkannya dengan jampi sembelit dan luka dalam.. hehehe macam bomoh pulak ye..

(Note: Gambar-gambar yang dipaparkan cuma sekadar hiasan, sumber Foto-foto ini diambil adalah menerusi Album-album kawan-kawan Blogger dan serba sedikit dari sumber pihak pengarang sendiri.. semuga mendapat keizinan kawan-kawan).

Jambu Golok / Jambu Omputeh

Selalunya berbuah secara bergugus lebihkurang 12 biji. Manis kemasam-masam, selalu digemari oleh semut halus yang suka bersarang pada rambu bawah buah. Nak mengambil buah ini senang, tapi yang susahnya kita terpaksa berperang dengan jutaan semut halus yang menyerang tangan dan badan kita..

(Note: Gambar-gambar yang dipaparkan cuma sekadar hiasan, sumber Foto-foto ini diambil adalah menerusi Album-album kawan-kawan Blogger dan serba sedikit dari sumber pihak pengarang sendiri.. semuga mendapat keizinan kawan-kawan).

Kenali Buah Kerkut

Buah ni adalah sejenis buah hutan. Rasa dia manis dan agak kelat. Pohon dia tak begitu tinggi. Mempunyai dahan yang rendang. Cara makan; kita tak boleh terus makan seperti makan epal.. Buah berkenaan hendaklah terlebih dahulu diuli-uli pada mana-mana objek keras yang rata, selalunya pada batang pokok, setelah lembut dan agak boleh dipicit, barulah kita buang kulitnya, kulitnya nipis macam buah anggur. Selalunya kesan pahit dia agak melekat pada organ tekak dan lelangit mulut kita.

 (Note: Gambar-gambar yang dipaparkan cuma sekadar hiasan, sumber Foto-foto ini diambil adalah menerusi Album-album kawan-kawan Blogger dan serba sedikit dari sumber pihak pengarang sendiri.. semuga mendapat keizinan kawan-kawan).

“Tidak akan masuk syurga bagi orang yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.”

Pulak dahhh... selalu amet lah kita ni berlagok nyehhh.. adehh raban lah dahhhhh. Keh dulu perenoh sengkeh ke kepale Alim mase dulu..






Ragam Bahasa dan Nada Pertuturan

Laa.. memacam rupenye kelemahan kita nih yek.. Tu lah dulu suruh sekoloh kita bantei melastik burung kelicap, merboh, tok tei je... hehehe. Muh kita bace muhhh...

Kesihatan mental bagi orang bekerja

Demeh berapa kali dah bertuko tempat kerja.. Keh dah 9 kali dah.. Muh kita ikuti serba sedikit artikel berkaitan dengan mentaliti dan kesan kepada deme deme yang kena tuko.. hehehe




Sabtu, 10 April 2010

Sejarah: Hari Paling Sibuk Dalam Hidup

Pagi Jumaat (9hb April, 2010), saya mengadakan sedikit taklimat kepada pekerja-pekerja JKR Lipis berhubung tatacara dan persediaan untuk melaksanakan tugas banci lalu-lintas peringkat Kebangsaan. Betapa peningnya saya pagi itu menjawab dan menyelesaikan beberapa kemusykilan yang disuarakan oleh Staf Unit Jalan JKR Lipis. Jam masa itu menunjukkan sudah jam 8.30pagi dimana sesetengah yang faham mula memasuki Bilik mengaji untuk sessi mengaji Jabatan, cuma tinggal kira-kira 8 orang yang masih perlu diterangkan berkaitan syarat-syarat pembancian tersebut. Sebelum itu saya telah dilambakkan dengan berbagai-bagai kerja rutin yang rasanya bukan semua orang boleh menyelesaikannya dalam masa antara 20minit ke 40 minit. Selain kepantasan menulis, tugas ini menuntut seseorang perlu juga pantas berfikir dan bertutur. Terlalu banyak kalau saya nak bentangkan disini; umpamanya.. JKR 140 (slip berlapiskan 2 helaian kertas karban), sepagi tidak kurang 4 ke 6 kenderaan yang berkehendakkan minyak Diesel, bayangkan kalau satu pesanan saya perlu mengambil masa 8 minit meliputi meletak kertas karbon, menulis, menyelaraskan dengan No Pendaftaran kenderaan, jika mesin atau Hand Compactor pula saya perlu menulis panjang No dan jenis serta Model mesin berkenaan...apa boleh buat ..Nasib Badannnnn... (agok nyeh faktor misai agoknyeh hahahaha)


Cube perati muka teh... haiii, kalau Pengarah Filem 'hanyut' terjerempok, rerasenye tak payoh temuduga dah.. terus amik berlakon 'Ketua Crook' terus hehehe.. ala Filem yang buat penggambaran di Padang tengku tu lah.."U-Wei' apa keh name Pengarah. Teringet orang dulu-dulu kalau cakap besor.."Ox cube tiup bulu roma Keh ni dulu, bergoyang ke tidak nyeh.. kalau tak bergoyang,.. ox pegilah berguru lageh.." hehehe..ombuiihh orang duluuu.. mase zaman-zaman Amuk Tok Nading dulu la tuh yek agok nyeh.. apapun..kaweh start dari dulu Keh tak gheti nok berdendam weh.. mari kita ikut cerita seorang Ahli Sufi yang cukup penyabar namun tewas kepada bisikan dan rasukan syaitan laknatullah;..



Bila Durian Bukit Raya Mula Mengeluarkan Bunga



Waktu kereta burok saya merayap tenat menghampiri gerbang usang kampung, pandangan saya tertumpu kepada 2 orang yang sedang berjalan sambil memikul satu gendungan diatas bahu. Dari pengamatan dan dari longlai lagak langkah mereka, tekaan hati.. mesti agaknya mereka baru balik dari mana-mana kebun, itu telahan dalam hati.



Saya mengambil keputusan memberhentikan kenderaan saya dan turun sambil memberi salam serta bertanya. Setelah diceritakan kedudukan tujuan, barulah saya tahu, mereka baru balik dari meninjau dan menebas kebun durian mereka di Bukit Raya. Bagi orang yang pernah bekerja atau penduduk disini, Bukit Raya pastinya satu nama yang bermakna kepada mereka.





Jumaat, 9 April 2010

Ruang bersembang baru orang Kuala lipis atau Lepeh

Dengan rendah hati saya mempelawe semua (seluruh PAHANG - Muh weh kita saling bertuko tuko loghat; loghat Lepeh, loghat Temerloh, loghat Pekan, Beseroh, Loghat Jerantet, Loghat Bera, Loghat Raub, Loghat Bentong,.. semua pelusuk, merate aroh di Pahang neh lahh hehehe pendek kate tak kira siapa), mari kita relax-relaxkan kepala dengan bersembang apa saja dengan sedara waris, kawan-kawan lama dan baru, atau bakal kawan, kecik besar tua muda, tak berpangkat yang berpangkat.. jom weh kita letak kejap apa-apa gelaran, kedudukan.. mari kita beramah mesra sesama kita.

Khamis, 8 April 2010

Kamera Digital Canggih Tapi Menyakat

aduhh raban lah.. cube demeh tengok, ye ke ha'hh?

Selasa, 6 April 2010

Setiap Herba Ada Kegunaannya

1. BELIMBING BULOH
Buah Belimbing Buluh berbentuk bujur dan memanjang. Warnanya hijau kekuningan. Setiap buah mempunyai 4-5 bonggol yang tidak kelihatan. Apabila telah masak, isinya lembik dan mengandungi banyak air serta rasanya masam. Walaupun begitu, ia tetap menjadi kegemaran kanak-kanak yang memakannya bersama garam halus.

Khasiat Belimbing
Berguna untuk menghilangkan bau getah buku pada tangan (khas untuk penoreh getah bila balik memotong), sangat berkhasiat untuk mengilatkan kuku jari tangan; caranya,.. gosok isi buah berkenaan pada kuku dan tengok hasilnya.
Dipercayai ianya dapat mengubati Penyakit Darah Tinggi dan akar pokoknya jika direbus berguna pulak untuk penjarang kelahiran (bagi yang berhajat untuk mengawal kehamilan). 

Teknik Merebus Belimbing
(Rebus belimbing tadi tanpa air; campur dengan garam kasar (sukatan dia agak-agak la) + sedikit gula pasir, kuali sebaiknya gunakan kuali besar yang tebal, rebus selama 7 - 8 jam)
Selepas siap rebus.. curah belimbing yang siap tadi dalam satu bekas, Untuk mencuci Kuali kita tadi: rebus pulak daun-daun macang (perlu 30 - 40 helai), selama 1 ja m, bilas dan berus dengan sabut kelapa kuali tadi; ulang 2 kali proses-proses tadi.


Sambel Itam

Bagi sesetengah orang ia memang terlalu asing dengan namanya. Sambal Hitam adalah makanan istimewa orang Lepeh. Sambal Hitam ini memang sedap kalau dimakan bersama gulai ikan sungai atau dengan kerabu umbut Bayas. Bahan utama untuk membuatnya adalah ikan bilis dan belimbing buluh.

Bahan-bahan:
10 ulas cili api
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
6 keping belimbing rebus (hitam)
segengam ikan bilis
(garam last sekali.. sebab belimbing tu dah masin)
minyak masak

Cara:
tumbuk cili api bersama garam hingga lumat.
Masukkan bawang putih – tumbuk
masukkan bawang merah – tumbuk
masukkan belimbing hitam – tumbuk
masukkan ikan bilis – tumbuk kasar
masukkan minyak ke dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Goreng hingga ikan bilis agak garing. angkat dan hidangkan.
 

Jamuan Pertukaran Rakan Sekerja JKR Lipis

Majlis ringkas berkenaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada jam 8.30pagi dimana melibatkan seramai 2 orang kakitangan jabatan ini. Pegawai tersebut adalah En. Zainal Ariffin yang bertugas sebagai Pelukis Pelan dan Puan Noor Azlin Pembantu Tadbir.




Rakan-rakan saya ini akan memulakan tugas di Jabatan mereka iaitu di Pejabat Daerah Lipis. Majlis yang di Pengerusikan olih Jurutera Jalan ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai seperti Pembantu Jurutera Bangunan, Pembantu Jurutera Pendidikan, Ketua Kerani serta semua kakitangan JKR pentadbiran termasuklah kehadiran semua unit serta pelajar-pelajar praktikal.






Jurutera Jalan dalam ucapannya telah memohon maaf bagi pihak semua kakitangan JKR Lipis serta berharap agar kedua-dua mereka akan dapat menyesuaikan diri serta bersemangat dalam memulakan tugas di Jabatan yang baru.







Besarnya hadiah tu..                                               






Kelihatan Jurutera Jalan sedang memberikan hadiah sebagai tandamata dan terimakasih kepada En Zainal dan Puan Noor Azlin.









Antara kakitangan dan kawan-kawan yang hadir

Jumaat, 2 April 2010

Kampung Budu di Era 60,..70,..80,..90han



Artikel Berikut ini di Khaskan Untuk Tatapan Generasi Yang Tidak Berkesempatan Menjalani Kehidupan Unik di Era Zaman Sebelum Ada Air Paip dan Lampu Letrik.
Disaat perkhidmatan Bas Lin Siong sedang rancak berulang-alik memunggah penduduk-penduduk sekitar Kampung Budu, Kampung Terap, Kg Tua, Kemahang, Kg Kaduk, Kg Rengai, Tanjung Besar, Kg Belimbing, Jerangsang; suasana disepanjang jalan dikampung-kampung berkenaan amat meriah, bahagia dan hidup harmoni meskipun tanpa ditemani kemewahan dan kemudahan asas seperti kita masa ini. Cuma yang ada hanyalah Pondok antik Talipon Awam yang usang.