Sabtu, 24 April 2010
Cuepacs mahu bincang semula peraturan dengan JPA pada 5 April: Omar
KUALA LUMPUR: Cuepacs akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 5 April ini bagi membincangkan semula syarat baru bersara pilihan yang kini diperketatkan dan disifatkannya tidak adil kepada kakitangan awam.
Presidennya, Omar Osman, berkata hasil maklum balas diterima pihaknya selepas pekeliling mengenai syarat baru itu diedar bulan lalu, menunjukkan lebih 90 peratus kakitangan perkhidmatan awam, termasuk kalangan Pengurusan dan Profesional tidak bersetuju dengan syarat itu. “Setiap kakitangan perkhidmatan awam yang memohon bersara pilihan mempunyai sebab tersendiri dan gratuiti yang sepatutnya mereka peroleh dan diganti dengan sagu hati sebanyak 20 peratus ganjaran atau RM10,000 atau mana lebih tinggi itu sememangnya tidak dapat diterima.
“Setiap kakitangan perkhidmatan awam memohon bersara pilihan dan menerima ganjaran penuh seperti sebelum ini mempunyai perancangan mereka sendiri seperti menggunakannya untuk melunaskan hutang, menampung kos perubatan dan kesihatan dan sebagainya.
“Bagaimanapun, ini mungkin akan terjejas disebabkan pelaksanaan syarat baru itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Akhbar semalam melaporkan JPA mengetatkan permohonan bersara pilihan kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA, Datuk Yeow Chin Kiong, berkata antara syarat baru yang diperkenalkan mulai 1 Februari lalu ialah kakitangan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi ketika bersara pilihan berbanding bayaran sekali gus seperti sebelum ini.
Omar berkata, Cuepacs akan memohon JPA mencari mekanisma lebih adil dan memberikan situasi menang-menang kerana syarat baru yang diperkenalkan itu tidak dipersetujui majoriti kakitangan awam.
“Saya juga sudah berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini bagi menyuarakan kebimbangan selepas syarat baru bersara pilihan diperkenalkan selepas mendapat maklum balas negatif pelaksanaannya daripada banyak pihak.
“Apa yang diharapkan melalui perbincangan itu nanti satu mekanisme baru atau syarat baru yang mula berkuat kuasa sejak Februari lalu dikaji dan diteliti semula kerana pasti ada mekanisme lain yang boleh digunakan dalam menangani perkara itu,” katanya.
Omar berkata, Cuepacs juga menjangkakan syarat baru yang diperkenalkan itu juga akan memberikan kesan kepada kenaikan pangkat di kalangan pegawai lebih rendah kerana pergerakan jawatan yang perlahan disebabkan syarat ketat permohonan untuk bersara pilihan.

Jumaat, 16 April 2010
Merisik Asal Usul Dinar dan Dirham.. Mari Kita Fahami
Dinar dan Dirham akan tetap 4.25 gram emas 22 karat, dan sekeping Dirham adalah
3 gram perak tulin .
Inflasi tu Apa..? Nasi Basi ke..?
Teringat kisah YB-YB kedai kopi (ahli tetap kedai Kopi Kampung) menghurai panjang-lebar pasal pemasalahan kampung. Seperti pagi-pagi sebelum, suasananya sentiasa sama, disetiap Kedai Kopi Kampung pastinya ada seorang Taiko yang akan memulakan tajuk-tajuk yang hangat,.. Selalunya setelah masing-masing meneguk Teh/Kopi,.. hehehe seseorang Taiko itu akan mula membuka bicara pagi itu dengan nada setengah mengeluh.. membebel, mengkritik SiAnu itu SiPolan ini,..
Tukang bangkang mesti ada seorang berdua buat memerahkan cuping telinga si Taiko.. Volume suara masing-masing mesti dikuatkan agar lebih menghangatkan suasana. Untuk melengkapkan keadaan, mesti juga ada yang berperanan 'senyum memperlekeh', yang berani sikit akan bercakap "Aaa sudah lahhh...bla bla bla..", hehehe lagi lah menggelegak keadaan. Setelah berjela-jela, berjam-jam berbahas, bahas..balas..balas bahas..tetiba seorang budak kecik (anak salah seorang pelanggan agaknya) mencelah bertanya; yang sedapnya masa budak kecik ni bertanya keadaan masa itu sedang senyap; "Mende Inflasi tu haah..? Semua Peguam sangkut dan para Pembahas tadi terdiam..dan memasing menengok jam di tangan..mulalah si A ada nak angkat getah, ada yang beralasan nak beli beras, nak jemor padi hehehe. Ok lah,.. biasalah Kedai Kopi.. jika tak begitu tak meriah pulak suasana,.. Mari kita kupas secara ringkas makna 'INFLASI'Rabu, 14 April 2010
Satu Kebetulan Atau Petanda?
Mari sama sama kita semak kesahihan tarikh tersebut dibawah; JUMAAT :-
27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha
18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah
25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas
01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi
26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW
28-06-2010 Jumaat Hari Wesak
05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali
10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri
01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan
15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari
Terima kasih kepada Blog Myjmti.findtalk atas info dipaparkan
Terima kasih juga kepada anishayati berhubung info yang sama

Berkenalan Dengan Rokok Elektronik
Biar hujan mencurah-curah lebat, petir berdentum bersulam ribut,.. namun untuk tidak pergi ke kedai membeli sekotak rokok tidak sekali-kali.. hehehe. Mahal mana lah, besar manalah kotak rokok yang hendak di ubah. Ibarat yang biasa makan sambal hitam, bila makan nasi tiada bersambal pasti selera menguncup;..
Namun khas untuk sahabat-sahabat yang hendak mencuba alternatif berikut, boleh lah ansur-ansur baca artikel dibawah ini;.. mana tau ianya akan berjaya mengubah tabiat kita yang selama ini berkebuk tu hehehe...
Rokok elektronik atau dikenali E-cigarette adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Rokok elektronik tidak memiliki kandungan tar, karbon monoksida dan bahan kimia yang menyebabkan kanser.
Rokok elektronik tidak memerlukan pemetik api untuk di hidupkan. Perokok hanya perlu menghisap rokok elektronik dan secara automatik komponen elektronik didalamnya akan dihidupkan. Kelebihannya adalah perokok boleh menghisap rokok elektronik ini di mana-mana sahaja kerana ia tidak mengeluarkan asap yang merbahaya. Malahan boleh juga menghisap di kawasan larangan merokok kerana belum ada kawasan untuk larangan merokok rokok elektronik.
PEROKOK yang menggunakan rokok elektronik atau rokok-e kini didapati terdedah kepada bahaya bahan-bahan kimia beracun. Rokok-e yang menawarkan campuran cecair nikotin, perisa dan bahan-bahan kimia lain tanpa asap ini terbukti tidak 100 peratus selamat.
Satu kajian saintifik mendapati rokok-e mengandungi karsinogen dan bahan-bahan kimia bertoksik seperti diethylene glycol.
SEBANYAK 19 variasi rokok elektrolik telah diuji dan didapati tidak selamat.
Syarikat-syarikat Britain yang menjual rokok-rokok ini bagaimanapun mendakwa rokok-rokok standard itu tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya dan toksin berkarsinogenik.
Namun, Pentadbiran Perubatan dan Makanan Amerika Syarikat (AS) yang telah menguji 19 variasi rokok elektronik telah mengeluarkan surat amaran tentang tahap keselamatan produk-produk ini.
Meskipun rokok-e diharamkan di sesetengah negara seperti Kanada, ia boleh didapati dengan mudah melalui pelbagai laman web Britain. Malah, sebahagiannya juga mengandungi perisa seperti strawberi dan karamel yang dibimbangi boleh menarik minat pengguna kanak-kanak.
"Kami mengesyorkan sesiapa yang ingin berhenti merokok agar mencuba produk nikotin perubatan lain seperti gula-gula getah atau inhalator yang telah diuji selamat dan berkesan," kata Deborah Arnott, Pengarah Action on Smoking and Health AS. - Independent
Tapi.. Nanti Dulu..
PEROKOK yang menggunakan rokok elektronik atau rokok-e kini didapati terdedah kepada bahaya bahan-bahan kimia beracun. Rokok-e yang menawarkan campuran cecair nikotin, perisa dan bahan-bahan kimia lain tanpa asap ini terbukti tidak 100 peratus selamat.Satu kajian saintifik mendapati rokok-e mengandungi karsinogen dan bahan-bahan kimia bertoksik seperti diethylene glycol.
SEBANYAK 19 variasi rokok elektrolik telah diuji dan didapati tidak selamat.
Syarikat-syarikat Britain yang menjual rokok-rokok ini bagaimanapun mendakwa rokok-rokok standard itu tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya dan toksin berkarsinogenik.
Namun, Pentadbiran Perubatan dan Makanan Amerika Syarikat (AS) yang telah menguji 19 variasi rokok elektronik telah mengeluarkan surat amaran tentang tahap keselamatan produk-produk ini.
Meskipun rokok-e diharamkan di sesetengah negara seperti Kanada, ia boleh didapati dengan mudah melalui pelbagai laman web Britain. Malah, sebahagiannya juga mengandungi perisa seperti strawberi dan karamel yang dibimbangi boleh menarik minat pengguna kanak-kanak.
"Kami mengesyorkan sesiapa yang ingin berhenti merokok agar mencuba produk nikotin perubatan lain seperti gula-gula getah atau inhalator yang telah diuji selamat dan berkesan," kata Deborah Arnott, Pengarah Action on Smoking and Health AS. - Independent
Selasa, 13 April 2010
PERANGKAP TERUBING
Perangkap sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menangkap haiwan seperti pelanduk, arnab, ayam hutan dan sebagainya. Perangkap biasanya di pasang di dalam semak, belukar atau hutan. Ia berbentuk seperti perumah dan diperbuat daripada bahan-bahan seperti kayu dan buluh. Batang kayu panjang seperti rod akan disusun berselang-seli dan diikat diantara satu sama lain sehingga berbentuk seakan-akan sebuah para kayu untuk menyerkup haiwan yang masuk kedalamnya. Perangkap akan diletak dengan cara terlangkup. Pada hujung perangkap akan ditelangkup sehingga mencecah tanah manakala pada hujung yang satu lagi akan diangkat dengan menggunakan tali di bahagian atas. Tali tersebut akan disangkut pada batang kayu supaya hujung perangkap yang terangkat tidak jatuh. Terdapat tali yang kedua berfungsi untuk menahan tali pertama. Hujung tali tersebut akan dipasak kedalam tanah pada bahagian perangkap yang mencecah tanah. Iaitu berhampiran umpan manakala hujung tali kedua yang satu lagi akan diikat pada kayu yang menahan tali pertama. Terdapat juga batu yang diletak pada bahagian atas perangkap berfungsi sebagai pemberat. Umpan seperti buah-buahan atau bangkai binatang akan diletak pada bahagian hujung perangkap yang mencecah tanah supaya ia dapat menarik perhatian haiwan supaya masuk terus ke dalam perangkap. Haiwan yang masuk dalam perangkap bertujuan untuk memakan umpan tersebut akan berlanggar dengan tali yang kedua sehingga putus dan hujung perangkap yang terangkat akan jatuh. Perangkap masih lagi digunakan oleh penduduk kampung terutama bagi menangkap binatang pemusnah seperti tupai, dan juga binatang lain seperti landak, Kancil dan sebagainya.

(Note: Gambar-gambar yang dipaparkan cuma sekadar hiasan, sumber Foto-foto ini diambil adalah menerusi Album-album kawan-kawan Blogger dan serba sedikit dari sumber pihak pengarang sendiri.. semuga mendapat keizinan kawan-kawan).
Ahad, 11 April 2010
Harga Kereta Tempatan Kita
Harga Semasa Kereta Baru Proton
Proton Waja| Model | Harga (RM) | D/Payment | Pinjaman | 7 thn | 9 thn |
|---|---|---|---|---|---|
| WAJA CAMPRO 1.6 PREMIUM MANUAL | 59,388.00 | 5,888.00 | 53,500.00 | 810.00 | 668.35 |
| WAJA CAMPRO 1.6 PREMIUM AUTO | 62,888.00 | 6,288.00 | 56,500.00 | 856.00 | 707.10 |
Proton Gen-2
| Model | Harga (RM) | D/Payment | Pinjaman | 7 thn | 9 thn |
|---|---|---|---|---|---|
| GEN 2 1.3 AUTO – SOLID | 46,033.29 | 4,633.29 | 41,400.00 | 627.41 | 524.78 |
| GEN 2 1.3 AUTO – METALLIC | 46,899.54 | 4,699.54 | 42,200.00 | 639.53 | 534.92 |
| GEN 2 1.6 MANUAL ECH B | 51,510.66 | 5,210.66 | 46,300.00 | 701.66 | 586.90 |
| GEN 2 1.6 AUTO ECH B | 55,234.32 | 5,534.32 | 49,700.00 | 753.19 | 629.99 |
| GEN 2 1.6 MANUAL HIGHLINE | 55,933.33 | 5,633.33 | 50,300.00 | 770.67 | 645.98 |
| GEN 2 1.6 AUTO HIGHLINE | 58,919.46 | 5,919.46 | 53,000.00 | 803.20 | 671.82 |
Proton Wira
| Model | Harga (RM) | D/Payment | Pinjaman | 7 thn | 9 thn |
|---|---|---|---|---|---|
| WIRA 1.5 MANUAL A/B SE | 47,476.58 | 4,776.58 | 42,700.00 | 647.11 | 541.26 |
| WIRA 1.5 AUTO A/B SE | 49,972.03 | 4,972.03 | 45,000.00 | 681.96 | 570.42 |
| WIRA 1.5 MANUAL SEDAN – PECA | 43,238.33 | 4,338.33 | 38,900.00 | 589.52 | 493.09 |
| WIRA 1.5 MANUAL SEDAN – ECH | 46,383.41 | 4,683.41 | 41,700.00 | 631.95 | 528.58 |
| WIRA 1.5 AUTO SEDAN | 48,744.14 | 4,844.15 | 43,900.00 | 665.29 | 556.47 |
Proton Savvy
| Model | Harga (RM) | D/Payment | Pinjaman | 7 thn | 9 thn |
|---|---|---|---|---|---|
| SAVVY 1.2 AMT FL METALLIC | 43,182.12 | 4,385.12 | 41,200.00 | 624.37 | 522.24 |
| SAVVY 1.2 AMT HL METALLIC | 45,841.25 | 4,641.25 | 38,800.00 | 594.00 | 498.00 |
| SAVVY 1.2 MT HL METALLIC | 42,276.05 | 4,376.05 | 38,900.00 | 590.40 | 491.30 |
Proton Perdana V6
| Model | Harga (RM) | D/Payment | Pinjaman | 7 thn | 9 thn |
|---|---|---|---|---|---|
| PERDANA V6 AUTO | 101,500.25 | 10,200.25 | 91,300.00 | 1,383.63 | 1,157.31 |
| PERDANA CHANCELLOR 2.0 V6 AUTO | 138,888.80 | 13,888.80 | 125,000.00 | 1,894.35 | 1,584.49 |
Proton Iswara
| Model | Harga (RM) | D/Payment | Pinjaman | 7 thn | 9 thn |
|---|---|---|---|---|---|
| ISWARA 1.3 MANUAL A/B LMST PS | 26,999.00 | 2,699.00 | 24,300.00 | 368.26 | 308.02 |
| ISWARA 1.5 MANUAL SD NPS METALLIC | 36,372.4 | 3,672.41 | 32,700.00 | 495.56 | 414.50 |
Proton Satria Neo
| Model | Harga (RM) | D/Payment | Pinjaman | 7 thn | 9 thn |
|---|---|---|---|---|---|
| SATRIA NEO 1.3 MANUAL | 43,500.00 | 4,400.00 | 39,100.00 | 592.55 | 495.63 |
| SATRIA NEO 1.3 AUTO | 46,500.00 | 4,700.00 | 41,800.00 | 633.47 | 529.85 |
| SATRIA NEO 1.6 MANUAL | 48,500.00 | 4,900.00 | 43,600.00 | 660.75 | 552.67 |
| SATRIA NEO 1. AUTO | 51,500.00 | 5,200.00 | 46,300.00 | 701.67 | 586.9 |
| SATRIA NEO 1.6 MANUAL HIGHLINE | 51,800.00 | 5,200.00 | 46,600.00 | 706.21 | 590.70 |
| SATRIA NEO 1.6 AUTO HIGHLINE | 54,800.00 | 5,500.00; | 49,300.00 | 747.13 | 624.92 |
Proton Saga N-Line Manual – RM31,500
Proton Saga B-Line Manual – RM34,998
Proton Saga B-Line Auto – RM37,998
Proton Saga M-Line Manual – RM37,498
Proton Saga M-Line Auto – RM39,998
Langgan:
Catatan (Atom)