Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 25 Mac 2010

Kampung Budu di Serang Puting Beliung

Suasana tenang di beberapa kampung disini bertukar cemas apabila Taufan mengganas dan membadai di Kampung Budu. Kejadian berlaku sekitar jam 6.45petang, antara kampung yang terlibat adalah kampung Bukit Kolam,  Durian Rendang, Rachap, Beluan, Tekoong, Cherok Serai, Lubok Hei'k, Jerning dan Seberang Teka.







Menurut penduduk, kejadian berlaku amat
mengerikan dimana mereka nampak sendiri jelmaan pemandangan hitam yang luas menyungkup dan membayungi kediaman mereka dan disusuli bunyi deruan seperti bunyi segerombolan jutaan burung, diikuti bunyi dahan-dahan kayu patah dimerata-rata tempat, kekuatan bunyi kayu tersebut menenggelamkan bunyi hujan dikala itu.

Kerakusan Taufan berkenaan juga meranapkan bumbung dan atap beberapa rumah di Budu. Pokok-pokok disepanjang Jalan Utama ke Kg Chat dan Jalan-jalan seperti jalan Kampung Rachap, Beluan, Bukit Kolam langsung tidak boleh dilalui oleh kenderaan ekoran pokok-pokok tumbang serta dahan-dahan besar yang bergelimpangan.
Dalam tinjauan saya kekawasan berkenaan beberapa Pokok kayu yang sebelum ini tegak rendang bertukar mengejut menjadi gondol seperti batang kelapa tidak berpelepah. Namun kejadian yang kedua terburuk yang menimpa Kampung Budu ini syukur alhamdulillah tidak melibatkan sebarang kecederaan. Ikuti sessi pembongkaran kisah dan pengalaman mangsa, juga kupasan peri sukarnya pihak-pihak sukarela menyelenggara pemasalahan, juga apa hikmah disebalik kejadian tanpa diduga ini kepada kita. Apakah perutusan disebalik insiden dahsat ini, yang hendak di beri olehnya untuk kita renung dan fikirkan.