Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 19 Mac 2010

LIPIS CERIA BERMANDI CAHAYA



Apa yang ada dalam fikiran saya mungkin tidak terfikir oleh sesiapa pada waktu hiruk pikuk bunyian muzik dan teriakan para penjaja. Ditapak pesta sempena menyambut ketibaan anak kelahiran Lipis Y.A.B DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK , yang juga orang No 1 Malaysia, tapak itu hanyalah sebuah Padang Bola biasa yang dihias serta diperlengkapkan dengan beberapa peralatan moden berupa Kanopi, khemah dan rumah pasang siap berdidingkan kanvas. Menjelang malamnya diperhidupkan lampu berbagai warna dan jenis.
Kelainan berfikir yang saya maksudkan tadi, siapa yang peduli sejarah kewujudan Padang ini? Sebelum ianya bergelar Padang, status tempat itu merupakan hamparan sawah padi yang amat subur, menurut cerita orang tua lama disini, pemilik sawah berkenaan saban tahun mengeluarkan zakat tanaman. Siapa? Mengapa? Dan mengapa setiap pesta yang dilangsungkan di Padang ini sering di serang beberapa bencana alam kecil yang tidak pernah kita dengar ianya mencederakan umat yang merayakannya? Apakah ianya satu perutusan yang seolah-olahnya memberitau agar kita semua mengingati keredhaan sedekah jeriahnya, atau mungkin beliau mengamanahkan dan mensyaratkan kita agar tidak mencemar kemurnian niat asal yang dimeterai. Persoalan yang masih belum terungkai dan terjawab oleh kita.