Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 28 Mac 2010

Menjala Ikan di Gedung U.K


Bila terpandang je bebudak melompat terjun menjunam ke dalam gedung, teringet la pulak zaman kecik kita.. hehehe. Kita lagi ganeh dari demeh nehh.. huih ganeh kita, 100% komando kita lagih.. hehehe.





Sorang neh dah masuk 4 jam dah berenam nyeh. Kalau masa dulu orang nok bersunet berendam dulu.. dah soh dah boleh nyangkung depan tok mudim dah hehehe

Mana pokok yang tidak kite renyaih, berperang senapang terong manggo, berjangkit dari dahan kundang ke dahan langsat, menyelam cari tanoh liat di sungei teka budu (masa subject lukisan). Cikgu ngajor mase teh Cikgu Mohd Nor.. Tanoh liat lubok langsat warna unik sikit (warna puteh tanohnyeh), hari ada lukisan je mesti dah spare dah seluor basan.. nok mandi nehh.. hehehe


Khamis, 25 Mac 2010

Kampung Budu di Serang Puting Beliung

Suasana tenang di beberapa kampung disini bertukar cemas apabila Taufan mengganas dan membadai di Kampung Budu. Kejadian berlaku sekitar jam 6.45petang, antara kampung yang terlibat adalah kampung Bukit Kolam,  Durian Rendang, Rachap, Beluan, Tekoong, Cherok Serai, Lubok Hei'k, Jerning dan Seberang Teka.







Menurut penduduk, kejadian berlaku amat
mengerikan dimana mereka nampak sendiri jelmaan pemandangan hitam yang luas menyungkup dan membayungi kediaman mereka dan disusuli bunyi deruan seperti bunyi segerombolan jutaan burung, diikuti bunyi dahan-dahan kayu patah dimerata-rata tempat, kekuatan bunyi kayu tersebut menenggelamkan bunyi hujan dikala itu.

Kerakusan Taufan berkenaan juga meranapkan bumbung dan atap beberapa rumah di Budu. Pokok-pokok disepanjang Jalan Utama ke Kg Chat dan Jalan-jalan seperti jalan Kampung Rachap, Beluan, Bukit Kolam langsung tidak boleh dilalui oleh kenderaan ekoran pokok-pokok tumbang serta dahan-dahan besar yang bergelimpangan.
Dalam tinjauan saya kekawasan berkenaan beberapa Pokok kayu yang sebelum ini tegak rendang bertukar mengejut menjadi gondol seperti batang kelapa tidak berpelepah. Namun kejadian yang kedua terburuk yang menimpa Kampung Budu ini syukur alhamdulillah tidak melibatkan sebarang kecederaan. Ikuti sessi pembongkaran kisah dan pengalaman mangsa, juga kupasan peri sukarnya pihak-pihak sukarela menyelenggara pemasalahan, juga apa hikmah disebalik kejadian tanpa diduga ini kepada kita. Apakah perutusan disebalik insiden dahsat ini, yang hendak di beri olehnya untuk kita renung dan fikirkan.

Isnin, 22 Mac 2010

Kursus Laman Web di Kuantan

Hari ini masuk hari kedua kami menjalani sessi Kursus yang bertempat di Dewan Tun Razak Atabara Kuantan. Banyak ilmu-ilmu berkaitan dengan web saya perolehi hasil dari tunjuk-ajar Fasillitator kursus. Makan minum pulak disediakan, semua sedap-sedap.

Jumaat, 19 Mac 2010

LIPIS CERIA BERMANDI CAHAYA



Apa yang ada dalam fikiran saya mungkin tidak terfikir oleh sesiapa pada waktu hiruk pikuk bunyian muzik dan teriakan para penjaja. Ditapak pesta sempena menyambut ketibaan anak kelahiran Lipis Y.A.B DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK , yang juga orang No 1 Malaysia, tapak itu hanyalah sebuah Padang Bola biasa yang dihias serta diperlengkapkan dengan beberapa peralatan moden berupa Kanopi, khemah dan rumah pasang siap berdidingkan kanvas. Menjelang malamnya diperhidupkan lampu berbagai warna dan jenis.
Kelainan berfikir yang saya maksudkan tadi, siapa yang peduli sejarah kewujudan Padang ini? Sebelum ianya bergelar Padang, status tempat itu merupakan hamparan sawah padi yang amat subur, menurut cerita orang tua lama disini, pemilik sawah berkenaan saban tahun mengeluarkan zakat tanaman. Siapa? Mengapa? Dan mengapa setiap pesta yang dilangsungkan di Padang ini sering di serang beberapa bencana alam kecil yang tidak pernah kita dengar ianya mencederakan umat yang merayakannya? Apakah ianya satu perutusan yang seolah-olahnya memberitau agar kita semua mengingati keredhaan sedekah jeriahnya, atau mungkin beliau mengamanahkan dan mensyaratkan kita agar tidak mencemar kemurnian niat asal yang dimeterai. Persoalan yang masih belum terungkai dan terjawab oleh kita.

Khamis, 18 Mac 2010

Ombuiii bukan main wehh Lepehh



Mencelirei belakeh,.. bekejo berambat buat keje, termasuk keh lah jugeh, tak ngate ke oghang lain.. mana jalan yang selame ineh berlopok berlubang licin kapeh nye tampel nyeh, mane simpang tak berlampu yang selame ineh gelap gelite.. terang menerang nye bantei tarok lampu sekeliling, bukit semok habis gondol kene tebas.. adehh hehehe. Gurau je .. kita jabatan neh, pokok pangkel pada peruntukan, ada duit sampei kita buat, banyok kita buat care banyok..kala takde, kite buat mana yang termampu je..kite kena lah faham.. Apa pun adalah perlu untuk penduduk lepeh belakeh mengucapkan selamat datang kepada YAB PM Malaysia kita. Lepeh rerasenye akan beruboh wajah .. insyaAllah.

Selasa, 16 Mac 2010

Bakar Ikan (Pusingan Kedua di Bukit Kerani)



Amboi sedap nye Ikan Bakar ni ye... hehe kepada puok kabok Kampung Budu yang duduk merate KL/Kuantan/Johor yang dah terliur tu ansur-ansur lah amik cuti datang sini. Kalau nak sedak lageh muh kita ke Ulu Keledek, kita tebar sendiri Jala di Kolam Pak Ndok Ya.. Tapi nak beritau, yang membako aya pada mlm nih ialah Menantu Pak Ndok Ya, yang memang diakui pakar dalam membako aya (Tauke Kantin Sek Keb Keledek).

Jalan Rosak (Berikutan Kerja-Kerja Paip oleh JBA) dan Pokok Tumbang di Jerangsang/Atong

Sebagai langkah sementara bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, pihak JKR telah membuat pemantauan dengan meletakkan Papan-Papan Tanda di Jalan antara Sekolah Menengah Kerambit/Simpang Felcra Kerambit. Namun begitu pemantauan berterusan akan dibuat bermula dari esok memandangkan Jalan berkenaan adalah Jalan Utama menghubungkan Kuala Lipis dengan Jerantut.



Isnin, 15 Mac 2010

Menjejak Pos Senderut



Apa dialami oleh kami dalam perjalanan ke sebuah penempatan Orang Asli di Daerah Lipis jauh meleset keadaan dan cabarannya dari apa yang kami bayangkan. Pada jarak 35.8KM ke Pos Senderut kami semua terpaksa berdepan dengan beberapa rintangan berupa runtuhan batu besar dan lurah-lurah dalam dipermukaan jalan serta dihadiah oleh beberapa tebing runtuh yang menyempitkan lagi laluan yang telah tersedia sempit.



Ahad, 14 Mac 2010

Majlis Pertunangan di Penjom

Bakar Ikan di Bukit Kerani, Lipis.

Suasana membakar ikan ptg itu berjalan dengan lancar dan penuh kekeluargaan. Hanya dengan menggunakan arang kayu dan dahan kayu getah. Seronok juga petang itu, dimana semua keluarga yang hadir berbual-bual sambil melaksanakan tugas-tugas masing-masing.






Sabtu, 13 Mac 2010

Pengambilan Rekrut PGA Daerah Lipis



Para Belia dan Beliawanis yang bermastautin di Daerah Lipis kini berpeluang menyertai perkhidmatan PGA(Pasukan Gerak Am). Hari ini berlangsung Majlis pendaftaran kemasukan para Belia/Beliawanis bertempat di Astaka Kampung Mela.





Khamis, 11 Mac 2010

Pos Lenjang - 39.2KM dari Pos Betau

Bermula dari Kuala Lipis, kenderaan Pemacu 4 Roda kami mula bergerak pada kelajuan sederhana menghala ke Koyan 1, tidak banyak yang kami bicarakan sewaktu berada didalam kereta, maklumlah masing-masing belum menjamah rezeki lagi,.. Setiba di Pekan Koyan 1 kelihatan suasana di situ seperti ada majlis tertentu, lengkap dengan payung-payung yang bertebaran serta dipenuhi dengan riuh rendah lautan manusia,.. laa hari ni khamis rupanya, Pekan Sehari Koyan 1 hehehe..

Isnin, 8 Mac 2010

Jumaat, 5 Mac 2010