Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 10 April 2010

Sejarah: Hari Paling Sibuk Dalam Hidup

Pagi Jumaat (9hb April, 2010), saya mengadakan sedikit taklimat kepada pekerja-pekerja JKR Lipis berhubung tatacara dan persediaan untuk melaksanakan tugas banci lalu-lintas peringkat Kebangsaan. Betapa peningnya saya pagi itu menjawab dan menyelesaikan beberapa kemusykilan yang disuarakan oleh Staf Unit Jalan JKR Lipis. Jam masa itu menunjukkan sudah jam 8.30pagi dimana sesetengah yang faham mula memasuki Bilik mengaji untuk sessi mengaji Jabatan, cuma tinggal kira-kira 8 orang yang masih perlu diterangkan berkaitan syarat-syarat pembancian tersebut. Sebelum itu saya telah dilambakkan dengan berbagai-bagai kerja rutin yang rasanya bukan semua orang boleh menyelesaikannya dalam masa antara 20minit ke 40 minit. Selain kepantasan menulis, tugas ini menuntut seseorang perlu juga pantas berfikir dan bertutur. Terlalu banyak kalau saya nak bentangkan disini; umpamanya.. JKR 140 (slip berlapiskan 2 helaian kertas karban), sepagi tidak kurang 4 ke 6 kenderaan yang berkehendakkan minyak Diesel, bayangkan kalau satu pesanan saya perlu mengambil masa 8 minit meliputi meletak kertas karbon, menulis, menyelaraskan dengan No Pendaftaran kenderaan, jika mesin atau Hand Compactor pula saya perlu menulis panjang No dan jenis serta Model mesin berkenaan...apa boleh buat ..Nasib Badannnnn... (agok nyeh faktor misai agoknyeh hahahaha)


Cube perati muka teh... haiii, kalau Pengarah Filem 'hanyut' terjerempok, rerasenye tak payoh temuduga dah.. terus amik berlakon 'Ketua Crook' terus hehehe.. ala Filem yang buat penggambaran di Padang tengku tu lah.."U-Wei' apa keh name Pengarah. Teringet orang dulu-dulu kalau cakap besor.."Ox cube tiup bulu roma Keh ni dulu, bergoyang ke tidak nyeh.. kalau tak bergoyang,.. ox pegilah berguru lageh.." hehehe..ombuiihh orang duluuu.. mase zaman-zaman Amuk Tok Nading dulu la tuh yek agok nyeh.. apapun..kaweh start dari dulu Keh tak gheti nok berdendam weh.. mari kita ikut cerita seorang Ahli Sufi yang cukup penyabar namun tewas kepada bisikan dan rasukan syaitan laknatullah;..



Bila Durian Bukit Raya Mula Mengeluarkan Bunga



Waktu kereta burok saya merayap tenat menghampiri gerbang usang kampung, pandangan saya tertumpu kepada 2 orang yang sedang berjalan sambil memikul satu gendungan diatas bahu. Dari pengamatan dan dari longlai lagak langkah mereka, tekaan hati.. mesti agaknya mereka baru balik dari mana-mana kebun, itu telahan dalam hati.



Saya mengambil keputusan memberhentikan kenderaan saya dan turun sambil memberi salam serta bertanya. Setelah diceritakan kedudukan tujuan, barulah saya tahu, mereka baru balik dari meninjau dan menebas kebun durian mereka di Bukit Raya. Bagi orang yang pernah bekerja atau penduduk disini, Bukit Raya pastinya satu nama yang bermakna kepada mereka.