Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 21 Mei 2010

Menapak di Jalan Berbukit-Bukau Pos Tual, di Pedalaman Lipis

Kereta Tua Jabatan merangkak uzur meniti dan meranduk jalan-jalan berlurah, diselangi bunyi hantukan aras lantai dan birai dinding menggesel bebatu yang terdapat dipermukaan serta tebing jalan. 

Disaat sebegitu, geroh dan kemalapetakaan 90% bergantung kepada kepakaran dan cara lenggang-genggaman pemandu melayan setering. Jika terlalu berhati-hati dalam memandu pun tidak diharuskan, ini kerana distinasi yang dituju masih jauh.

Rabu, 19 Mei 2010

Meninjau Tapak Untuk Kebun Sayur


Sindiran tajam Mak Cik Penjual Sayur di Pasar masih terngiang-ngiang ditelinga, cukup mencabar kesabaran sesiapa yang mendengar. Namun begitu ada baiknya dia bercakap, setidak-tidaknya dia seorang yang tidak berpura-pura.. Memang ada kebenarannya; "Orang sekarang mana kenal dah cangkul dan tanah.. pegang cangkul pun entah-entah terbalik, tambah-tambah pulak orang makan gaji,..", ucap Mak Cik Tadi kepada seseorang yang sama-sama berdiri disebelah saya.

Khamis, 13 Mei 2010

Klinik Berhenti Merokok Tanglin Berjaya

Menurutnya, pada tahun lalu seramai 187 pelanggan mendaftar untuk rawatan berhenti merokok di klinik berkenaan dan sebanyak 53.3 peratus atau 87 pelanggan berjaya dipulihkan sepenuhnya daripada tabiat merokok.

Hehehe.. Hai ini sudah bagus nih.. Jom kita tinjau-tinjau nak?

Ahad, 9 Mei 2010

Berkelah di Dusun Durian

Suasana yang damai pada petang itu telah mengumpulkan kami, dengan bilangan seramai 9 orang kaum keluarga mencatitkan sejarah bilamana kami melangkah kaki ke Dusun Durian di Pancor. Dusun ini terletak lebihkurang 800m dari rumah usang kami. 

Khamis, 6 Mei 2010

Mesyuarat Bersama Dato' Exco dan Ketua-ketua Jabatan di Pos Lenjang

Sedang saya begitu khusuk menelaah buku-buku soalan ramalan PTK, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi hanset yang mengarahkan agar saya pergi ke Pos Lenjang bagi mengiringi JD untuk urusan Mesyuarat disana dan perlu berada di perkarangan pejabat pada awal pagi..  


Tanpa bertanya Mesyuarat apa, pagi itu saya bersama JD Tuan Hj Mazlan dan Pembantu Teknik Kanan En Kderi bertolak dari Lipis menghala ke distinasi yang dimaksudkan. Semasa didalam Pajero, barulah saya tahu perihal tujuan kami kesana iaitu berhubung Mesyuarat bagi membincangkan agenda dan persiapan perlu pihak Dun Jelai untuk menyambut Lawatan PM Malaysia Dato' Sri Mohd Najib ke Pos-Pos disini iaitu pada 24hb Julai,2010..insyaAllah. Turut hadir di Mesyuarat berkenaan adalah Pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan serta VVIP.  Antara agenda yang diperbincangkan lebih memfokuskan kepada penetapan barisan AJK Induk dan penetapan tugas-tugas mengikut kesesuaian sesuatu jabatan disamping mengetengah dan membahaskan pemasalahan luar-jangka.. maklumlah Pos Lenjang bukanlah tempat yang senang untuk dilalui. Bak kata orang biar difikirkan perkara yang berisiko dulu,.. Setelah dibincang dengan panjang lebar; Orang-orang kuat ini dengan dipersetujui Dato' Exco Wan Rosdi mengambil langkah bijak iaitu menetapkan Majlis berkenaan di buat di Pos Betau.. Alhamdulillah itulah yang sebaik-baiknya.. 







Selasa, 4 Mei 2010

Membelah Rimba Pos Titom



Belumpun reda kepenatan akibat dihayun goncangan kereta disepanjang jalan, kami disuakan pula dengan satu lagi cabaran berupa lambakan pokok tumbang dan jalan merekah yang curam dan berbahaya.


Diperhatikan rupabentuk jalan secara keseluruhan, tidak keterlaluan kalau saya katakan; jalan dihadapan kami ini belum boleh diiktiraf sebagai jalan yang selamat untuk dilalui. Ini kerana jalan tersebut hanya dibina oleh pihak Kontraktor untuk kegunaan lori mereka memunggah alatan kerja. 





Pos Titom; sebelum jalan ini dibuat sememangnya masih tidak mempunyai jalan perhubungan. Diamati dari keadaannya sahaja sudah cukup untuk kami berfikir dua kali samada ingin teruskan perjalanan atau sebaliknya. Jika hendak dibandingkan antara jalan ini dengan Pos Lenjang atau Pos Senderut.. jauh lebih selamat didua jalan tersebut.



Selain rupa bentuk jalannya yang tidak mempunyai lapisan crusher run, jalan ini didhaifkan lagi dengan lipat-sirat pohon-pohon kayu tumbang serta bonjolan batu-batu yang boleh membocorkan tayar kereta kami jika tidak berhati-hati memandu. 
Saya jengok kearah odometer kereta, tertera beberapa angka yang menunjukkan kami dah merentasi jarak 34.3KM dari Pos Betau. Masa yang sepatutnya digunakan untuk bergerak ke Titom terpaksa dikorbankan untuk kerja memangkas dahan-dahan pokok bagi membolehkan kami lalu. Kekesalan kami pada hari itu kerana terlupa membawa 'Chain-Saw', sebab niat asal kami hanya hendak ke Pos Lenjang sahaja dan tidak pulak menyangka untuk masuk ke Pos Titom, manakala parang cuma ada satu..kalau tajam bolehlah bergantung harap,.. bayangkan nak memutuskan dahan sebesar lengan perlu berkederat hampir setengah jam..hehe. Lama juga untuk kami membuang dahan-dahan pokok tumbang berkenaan, ada rasa-rasanya hampir satu jam..sebelum tiba 2 orang pemuda anak orang asli membantu kami. 

Dicongak pada keadaan dahan-dahan pokok tumbang berkenaan, kalaulah kami yang membuangnya..harus juga sampai gelap hari tak akan berjaya disiapkan..tapi, 2 orang ni sambil-sambil mengisap rokok daun,.. setengah jam semua licin dan bersih dikerjakannya..siap dengan kerja punggah dan susun ketepi semua dahan-dahan tersebut.. hehehe. 

Setelah bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada mereka, saya membelanja 2 batang rokok setiap seorang sekadarnya.. Sebelum kami menyambung perjalanan, salah seorang dari budak ini menerangkan serba sedikit keadaan jalan dan rintangan yang bakal kami tempohi. Menurutnya, kereta kena menyeberang sungai.. sebab yang ada cuma Jambatan Gantung muat sebuah motorsikal sahaja. 

Tersirap juga darah bila membayangkan perkataan 'menyeberang' tu.. Bukan manusia yang menyeberang ni; sebaliknya kereta yang perlu menyeberang..  Apa pun sebahagian target kami hari itu berjaya juga di laksanakan, seperti pengukuran kadar cadangan pembinaan jambatan dan sedikit sebanyak mengenalpasti jalan-jalan yang perlu dibuat.
Semuga ada kesudian saudara-saudara untuk mengikuti cerita seterusnya..bagaimana sukarnya kami bergadai nasib ke Penempatan yang bernama 'Pos Titom'..