Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 19 Mac 2010

LIPIS CERIA BERMANDI CAHAYA



Apa yang ada dalam fikiran saya mungkin tidak terfikir oleh sesiapa pada waktu hiruk pikuk bunyian muzik dan teriakan para penjaja. Ditapak pesta sempena menyambut ketibaan anak kelahiran Lipis Y.A.B DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK , yang juga orang No 1 Malaysia, tapak itu hanyalah sebuah Padang Bola biasa yang dihias serta diperlengkapkan dengan beberapa peralatan moden berupa Kanopi, khemah dan rumah pasang siap berdidingkan kanvas. Menjelang malamnya diperhidupkan lampu berbagai warna dan jenis.
Kelainan berfikir yang saya maksudkan tadi, siapa yang peduli sejarah kewujudan Padang ini? Sebelum ianya bergelar Padang, status tempat itu merupakan hamparan sawah padi yang amat subur, menurut cerita orang tua lama disini, pemilik sawah berkenaan saban tahun mengeluarkan zakat tanaman. Siapa? Mengapa? Dan mengapa setiap pesta yang dilangsungkan di Padang ini sering di serang beberapa bencana alam kecil yang tidak pernah kita dengar ianya mencederakan umat yang merayakannya? Apakah ianya satu perutusan yang seolah-olahnya memberitau agar kita semua mengingati keredhaan sedekah jeriahnya, atau mungkin beliau mengamanahkan dan mensyaratkan kita agar tidak mencemar kemurnian niat asal yang dimeterai. Persoalan yang masih belum terungkai dan terjawab oleh kita.



{Saya amat takut untuk mengisahkan kejadian yang saya sendiri kurang arif, takut ianya hanya melebihi fakta, dibimbangkan kupasan ceritanya hanya menyedapkan plot cerita sedangkan kesahihannya hampa kosong, namun semuga diizinkan tuan empunya blog).
Sejarah Kuala Lipis - oleh sdra Zaini
dan;
Info Lipis - dari wapedia
dan;
sedikit lagi info lipis
dan jika anda pewaris pahlawan pahang, sila register forum dibawah ini:-
Pahang Comunity
Blog keturunan Pahlawan Pahang Orang Kaya Haji:-
Keturunan Orang Kaya Haji
Satu Kupasan sejarah berkaitan Lipis
Majoriti Vs Minoriti

 Tadi semasa saya meninjau dari kejauhan, jelas kenampakan Lipis seolah-olah seorang Panglima Perkasa bersara yang selama ini terpinggir dan terbiar, menjalani hidup bersendirian di ujung desa yang hanya berpakaian basahan;.. telah kembali dikenang dan disanjung serta diberi persalinan serba indah sepertimana zaman kegemilangan silamnya sekali gus memertabatkan semula  Lagenda Pahang. Dari kejauhan saya berbisik dalam hati, jasa Lipis selayaknya di kenang sebagai Mantan Ibu kepada Negeri Pahang secara berterusan. Keciciran Lipis berbanding Bandar-bandar Jiran seharusnya dipulih dan dirapatkan kadar jurangnya. Pupolasi kependudukan perlu dipertingkat menerusi kajian semula Gugusan Felda Kechau Plantation sediada agar ianya menjadi penyumbang kepada pertambahan penduduk seterusnya pembangunan Lipis dimasa-masa akan datang. Lipis memerlukan kewujudan pulohan lagi Felda Kechau dan deretan bangunan-bangunan Industri.

2 ulasan:

kerol berkata...

kaweh pon ade dengor cerita org tua2 dulu pemilik asal nya mewasiatkan supaya kawasan tersebut digunakan untuk tujuan yg baik2 sahaja sebab itu bila buat nyanyian dan majlis yg kurang sikit ilmiahnya maka kerap la hujan turun
samada kebetulan atau ketentuan yg maha esa lebih mengetahui tetapi kita sebagai manusia perlu melihat ia sebagai peringatan

atapakcek berkata...

Kaweh iktiraf orang-orang tua kita dulu, lurus amet orang nye. kalau nok mencari gaharu, dia tumpu hanya cari gaharu je, andai ditengoh jalan terjumpa rotan manau, dia tak akan amik, sebab niat asal tetap di teruskan niat asal. Entah apa pantangnya boleh dikatakan kesemua orang-orang dulu begitu. Sebab itulah kita ada dengar orang dulu kalau nak nikahkan anak, beras, pinggan mangkok, demeh nye tak payoh berbeli, demeh boleh pinjam ngan kaum bunian, kata orang lahh.. kita hanya dengar cerita atas cerita je.