Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 25 Mac 2010

Kampung Budu di Serang Puting Beliung

Suasana tenang di beberapa kampung disini bertukar cemas apabila Taufan mengganas dan membadai di Kampung Budu. Kejadian berlaku sekitar jam 6.45petang, antara kampung yang terlibat adalah kampung Bukit Kolam,  Durian Rendang, Rachap, Beluan, Tekoong, Cherok Serai, Lubok Hei'k, Jerning dan Seberang Teka.







Menurut penduduk, kejadian berlaku amat
mengerikan dimana mereka nampak sendiri jelmaan pemandangan hitam yang luas menyungkup dan membayungi kediaman mereka dan disusuli bunyi deruan seperti bunyi segerombolan jutaan burung, diikuti bunyi dahan-dahan kayu patah dimerata-rata tempat, kekuatan bunyi kayu tersebut menenggelamkan bunyi hujan dikala itu.

Kerakusan Taufan berkenaan juga meranapkan bumbung dan atap beberapa rumah di Budu. Pokok-pokok disepanjang Jalan Utama ke Kg Chat dan Jalan-jalan seperti jalan Kampung Rachap, Beluan, Bukit Kolam langsung tidak boleh dilalui oleh kenderaan ekoran pokok-pokok tumbang serta dahan-dahan besar yang bergelimpangan.
Dalam tinjauan saya kekawasan berkenaan beberapa Pokok kayu yang sebelum ini tegak rendang bertukar mengejut menjadi gondol seperti batang kelapa tidak berpelepah. Namun kejadian yang kedua terburuk yang menimpa Kampung Budu ini syukur alhamdulillah tidak melibatkan sebarang kecederaan. Ikuti sessi pembongkaran kisah dan pengalaman mangsa, juga kupasan peri sukarnya pihak-pihak sukarela menyelenggara pemasalahan, juga apa hikmah disebalik kejadian tanpa diduga ini kepada kita. Apakah perutusan disebalik insiden dahsat ini, yang hendak di beri olehnya untuk kita renung dan fikirkan.




Menurut keterangan seorang mangsa yang juga merupakan salah seorang mangsa taufan dimana rumahnya rosak teruk memberitahu saya; Kejadian kali ini benar-benar membuatkan beliau fobia. Semasa kejadian berlaku, beliau baru pulang dari kerja dengan memandu kereta.
Setiba sahaja beliau di halaman rumahnya, keadaan sekeliling dilihatnya seperti suasana hari yang hendak malam, gelap, langit tiada sedikitpun yang  cerah, debaran didada beliau dicemaskan lagi oleh kewujudan tiba-tiba angin kencang yang membawa bersama ranting-ranting pokok yang berterbangan.


Keadaan hujan dimasa itu bukan hujan biasa, tapi hujan yang seperti semburan water-jet, perit bila terkena dimuka menyembur laju sehingga menghalang untuk beliau memandang jalan dihadapannya.. melihat keadaan begitu berkabus wheeper kereta beliau laras ke tahap paling laju, namun masih juga tidak termampu untuk menandingi kederasan air hujan pada petang itu.

Perasaan cemas mula menyelinap dihati beliau tatkala mendapati kereta yang dipandunya seolah-olah digoyang oleh satu kuasa yang kuat, terhuyung hayang kekiri dan kekanan. Pokok-pokok disekitar halaman rumah didapati melentur seolah hampir tumbang dan tewas kepada kegagahan angin petang itu yang amat luarbiasa.



Dalam hati beliau, apa pun rintangan kali ini beliau tiada pilihan, beliau nekad untuk terus berusaha melawan tempaan ledakan alam itu, apa sekalipun beliau mesti meletakkan keretanya dibawah rumah secepat yang mungkin.




Selain dibimbangkan dahan-dahan pokok akan patah menimpa kereta, yang utama perlu belia titik-beratkan adalah keselamatan emak beliau yang diketahui bersendirian, itu dulu yang perlu beliau lindung dan selamatkan. Dipendekkan cerita, beliau bersyukur kerana semua ahli keluarga beliau selamat dari sebarang kecederaan.
Kelihatan saudara Yem tengoh khusuk memerhati keadaan salah satu romoh yang terkena ribut berkenaan. Sebenarnya sepanjang malam tadi, kumpulan Pasukan Gerak Am telahpun bertungkus lumus kesana kemari dalam usaha memastikan puok kabok kita semuanya berada dalam keadaan selamat.



Kami berpecah kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 diketuai oleh YB, dimana mereka ini telah menjadikan kawasan Kampung Seberang Teka sebagai kawasan Kawalan. Antara kerja-kerja yang dilakukan termasuklah kerja memangkas dahan, menggergaji pokok tumbang, mengalih ketepi juga meredakan perasaan mana-mana penduduk yang ditimpa musibah agar bersabar serta tenang dalam menerima ketentuan.

Manakala Kumpulan Dua di Ketuai oleh saya dan Kumpulan JKR Gabungan Lipis/Benta, memantau lokasi sekitar jalan Racap/Durian Rendang terus ke Beluan. Dan Kumpulan 3 diketuai oleh Man Benta bersama dengan incharge TNB Benta, mereka saya tetapkan di jalan sekitar Bukit Kolam Jerning dan Ulu Tekoong.



Kumpulan special adalah kumpulan PGA dan barisan member-member kampung Budu, kampung Terap dan Benta, kumpulan ini bergerak secara bermotorsikal dengan menggalas kelengkapan dibahu; seperti Chain Saw, Sabit, Parang kesana kemari tanpa mengira penat lelah.

Juga gandingan mantap 2 pemandu Backhoe iaitu sdra Kadir Benta dan saadun JKR mengambil tugas berat dan bahaya dalam usaha membersihkan rimbunan pokok-pokok yang bergelimpangan.










Orang yang paling sibuk dimasa kejadian adalah Tok 4 Budu, kesana kemari cuba untuk mengagih-agihkan masa tumpuan demi kebajikan anak-anak buah. Kelihatan beliau mencurahkan rasa hati berhubung ada beberapa rungutan dan kritik keluarga mangsa terhadap proses pengagihan bantuan. Sabarlah Tok 4, adatlah terlepas pandang satu dua tu.




Bermula pada petang sabtu semalam dan disambung pada pagi ahad tadi saya beserta beberapa pekerja JKR dengan dibantu kelengkapan yang ada seperti Browning Saw dan Backhoe telah sekali lagi diminta untuk membersihkan baki jalan yang terbelat oleh pokok iaitu di Racap-Tekoong dan sekitar Jerning.






Hari ini saya mengarahkan mereka membuat 2 group yang di Ketuai oleh Man dan Harun. Juga meminta agar membantu mangsa memunggah mana-mana atap yang bertaburan agar disusun disuatu tempat.










Atap yang rosak turut dipunggah dan disusun di tepi tebing rumah berkenaan dengan menggunakan Back Hoe.












Tok 4 meluangkan masa untuk mendengar sendiri masalah salah seorang mangsa ribut.












Tuan rumah pada mulanya nak menyediakan makan tenghari kepada kami, tapi saya menolak dengan baik. Sekadar air buat membasah tekak rasanya dah mencukupi, lagipun sarapan pagi telahpun disediakan oleh pihak berkenaan. Terima kasih kepada pihak sponsor; seperti Kamar Kipas, Beso, YB, Wanita UMNO Lipis, Anok beranok Akak Ana (Mak Beso) serta individu-individu yang menghulurkan derma..

2 ulasan:

SUEHAIRIEZA berkata...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
PERTAMANYA TERIMA KASIH BUAT ATAPAKCEK ATAS PRATONTON GAMBAR DAN KISAH RIBUT TAUFAN YANG MELANDA DIPERKAMPUNGAN KECIL DALAM MUKIM BUDU, DAPATLAH KIRANYA SAYA MELIHAT DAN MENGAMBILNYA UNTUK DIJADIKAN SEJARAH DAN KENAGAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.TERIMA KASIH JUGA YANG TIDAK TERHINGGA PADA BANTUAN-BANTUAN YANG DIHULURKAN BUKAN SAHAJA DARI SEGI TENAGA, KEWANGAN, KECEMASAN, MAKANAN, BANTUAN PERSEORANGAN DAN SEBAGAINYA DARI PETANG KEJADIAN HINGGALAH KE HARI INI.RASANYA TIDAK TERBALAS JASA-JASA BAIK YANG DIHULURKAN DALAM MEMBANTU MANGSA RIBUT TAUFAN DIKAMPUNG BUDU.SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERKATI BANTUAN SERTA PERTOLONGAN YANG DIHULURKAN. RASENYA MACAM MIMPI BILA MELIHAT KEADAAN RUMAH EMAK DIKAMPUNG BUKIT KOLAM. SEBELUM INI HANYA MELIHAT DI TV KEJADIAN-KEJADIAN SEPERTI ITU.PETANG ITU DALAM PUKUL 7.00 ABANG SAYA (BESO) MENELIFON MEMBERITAHU PERKHABARAN YANG KURANG MENYENANGKAN....TERUS SAYA BERTANYA KEADAAN EMAK,,, ALHAMDULILLAH EMAK SELAMAT... KAMI ADIK BERADIK PULANG JUGA PETANG ITU DENGAN HATI DAN PERASAAN YANG KELAM KABUT, GUNDAH, RISAU DAM MACAM-MACAM. AIR MATA INI MENGALIR TANPA HENTI, TAK TAU KENAPA... SEPANJANG PERJALANAN DARI DONG KE BUDU SAYA LIHAT LANGIT WARNA MERAH SEMERAHNYA. MACAM SAKIT (SUBHANALLAH). SAMPAI SIMPANG MASUK RUMAH EMAK KERETA X LEPAS LALU, KAMI TERPAKSA MEREDAH BELUKAR DALAM KEBUN GETAH UNTUK SAMPAI KE RUMAH DENGAN MEMBAWA ANAK2 YANG MASIH KECIL.......SAMPAI DI RUMAH KASIHAN TENGOK MAK, KASIHAN TENGOK ABANG (BESO). MEREKA MELALUI DETIK2 YANG AMAT MENCEMASKAN. RUMAH EMAK USAH NAK KATALAH, MEMANG MALAM TU KAMI X TAU NAK DUK KAT MANA, DENGAN KEADAAN KESELURUHAN RUMAH BASAH DITIMPA HUJAN DAN HARI MALAM YANG AGAK GELAP.KAMI DUDUK DIPLANTA RUMAH, SBB SITULAH SATU2NYA TEMPAT YANG TAK BASAH BERSAMA TIGA BATANG LILIN DAN ANAK BERANAK. (TERINGAT MASA BERTUGAS DIPEDALAMAN TEMPAT ORANG ASLI DI KUALA LIPIS) TAPI ITU SEMUA TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT KAMI ADIK BERADIK.... JAM 9 LEBIH (MALAM KEJADIAN) KAMI BERGERAK PULANG MEMBAWA EMAK DAN ABANG (BESO)PULANG KE RUMAH ABANG (BESO) DI SUNGAI KERPAN. SEKALI LAGI KAMI TERPAKSE MELALUI POKOK2 BESAR YANG TUMBANG UNTUK DILANGKAHI... KESIAN KAT EMAK.............MALAM TU ABANG (BESO) PUSING SEMULA KE BUDU SEBAB YB SOFI TURUN. MALAM TU JUGAK DI KERAHKAN JBTN2 YANG BERKENAAN UNTUK MEMOTONG POKOK YANG MENGAHALNG LALUAN DAN MENYAMBUNG SEMULA BEKALAN ELEKTRIK YANG TERPUTUS... KATANYA DALAM KUL 3 PAGI BARU SIAP ( TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA MEREKA2 YANG TERLIBAT PADA MALAM TU). PAGI JUMAAT KAMI DATANG SEMULA KE RUMAH EMAK DI KAMPUNG BUKIT KOLAM BUDU..... MASE TU TUHAN AJE YANG TAHU, AIR MATA TAK HENTI2 MENGALIR MELIHAT KEADAAN RUMAH DAN SEKITAR RUMAH YANG SEBENAR. MALAM TADI SEBAB GELAP TAK NAMPAK SANGAT. HARI SIANG TU, JELAS DAN TERANG APA YANG BERLAKU. YA ALLAH, TUHAN MAHA KUASA, TUHAN MAHA KAYA, MENGUJI HAMBA2NYA, ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI YANG KITA SENDIRI TIDAK TAHU. ITU JUGA PERINGATAN2 DARI ALLAH TAALA UNTUK KITA KAJI DAN DALAMI...(*ASTAGFIRULLAHHALA'ZIM*) SEMOGA TUHAN MENGAMPUNI SEGALA DOSA-DOSA HAMBANYA DI MUKA BUMI INI. MAKA PAGI ITU BERMULA ACARA MENGERAT POKOK DURIAN YANG TUMBANG DIBAHAGIAN DAPUR RUMAH. MEMBERSIH KAWASAN SEKITAR DALAM DAN LUAR RUMAH.KASIHAN MEREKA YANG BERTUNGKUS LUMUS HARI ITU....TERIMA KASIH SEKALI LAGI YANG TAK TERHINGGA ATAS BANTUAN SEMUA PIHAK DALAM MENYELAMATKAN MANGSA RIBUT TAUFAN DI KAMPUNG BUDU.SEMOGA ALLAH JUALAH YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA JASA2 BAIK YANG DISUMBANGKAN KEPADA KAMI SEKELUARGA. JUGA KEPADA SINAR HARIAN (KUALA LIPIS)TERIMA KASIH KERANA DATANG MEMBUAT LIPUTAN DAN MEYIARKAN DALAM SINAR HARI AHAD DAN ISNIN. DENGAN INI SAYA MEWAKILI KELUARGA KAK ANA ( EMAK BESO) MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK, DALAM MEMBANTU KAMI MEMULIHKAN RUMAH YANG DILANDA RIBUT TAUFAN SERTA MEMBERI SEMANGAT UNTUK MENEMPUHI DENGAN HATI YANG SABAR DAN MENERIMA TAKDIR ALLAH DENGAN REDHO.....ILAL LIQOO' MAAS SALAMAH- ELLA......

atapakcek berkata...

Waalaikussalam Ella, Syukurlah semua pemasalahan malam itu telah dapat sama-sama kita tangani, walaupun agak lambat maklumlah Jentera masa itu berada jauh di Padang Tengku, tapi alhamdulillah tindakan pantas saudara-mara kita merata di Terap, Benta, Chat dan Budu sendiri, sedikit sebanyak telah meringankan kerja susulan berikutnya. Kepada Ella, keluarga belakeh serta semua mangsa yang terlibat, sabor lah.. marilah kita panjatkan rasa kesyukuran, syukur sesyukurnya kehedrat Allah swt kerana ahli keluarga serta saudara-waris kita semuanya pada malam kejadian telah diperlindung dari kejadian yang tidak diingini.