Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 14 Mac 2010

Majlis Pertunangan di Penjom


Meskipun agak terlambat untuk kami meraikan pertunangan anak sulong kepada seorang sepupu saya di RPSB Penjom, kerana ada sedikit masalah kenderaan, namun kepuasan tergambar diwajah beliau bilamana mendapati kami sekeluarga hadir pada hari berkenaan. Alhamdulillah majlis pertunangan anak saudara sepupu kami itu berjalan lancar serta mendapat bantuan dalam bentuk gotong-royong dari penduduk Penjom khas nya kerjasama dari Ketua Kampung Penjom Abang Nor, Persatuan Belia Penjom, JKKK Penjom serta juga  waris-waris yang datang dari jauh dan dekat serta para individu.





















Saya bagi pihak Abang Peli, juga bagi pihak seluruh keluarga kami merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penduduk Penjom, saudara saudari, adik kakak, yang telah bertungkus lumus tanpa mengira penat membantu menyediakan makanan, persiapan-persiapan yang patut serta turut menyempurnakan kerja-kerja penyudahan setelah habis majlis, umpama contoh kesediaan penduduk-penduduk Penjom menyelenggara segala urusan pencucian pinggan mangkok, kawah-kawah, malah berkesanggupan dari malam tadi lagi membuat kerja-kerja tanpa jemu, juga difahamkan pihak adik kakak menghabiskan masa sehingga pukul 2.00 pagi semata-mata hendak memastikan segala persediaan untuk keesokan majlis berkenaan berjalan kemas.. Terima kasih sekali lagi kepada semua, hanya Allah swt sahaja yang membalas budi baik dan pengorbanan saudara-saudara dan tuan puan semua.

1 ulasan:

zeck.u.k berkata...

majlis pertunangan tersebet pihok lelaki telah menghantar 7 dulang hantoran dan dibalas pulok dengan 9 dulang oleh pihok perempuan,cincin betatahkan berliansebentuk,wang hantaran rm12,000,kerjabuat masa perkahwinan cara gotong royong,tarikh majlis akad nikonye jangan apa aral 19hb jun dan makan besornya pada 20hb jun 2010.kome wakil dari puok budu seramei 11 orang dengan 3 buah kereta.majlis ringkas tapi merioh teeh dimulakan pada pukul awal pagi lagi berakhir pukol 2.00 petang.
jamuan tengahari telah dinikmate masak lemok cili api ayam kampong,kari kerbau,tapi yang paling istemewe (sambel hiteem) belimbing berebos weh.
ucapan terima kasih juge kepade keluarge sepupu kome abang peli penjom yang bersusoh payoh membekelkan lauk pauk untuk dibungkeh bawak balik,sebeg buoh tangan termasoklah bunge rampei pertunangan,gule gule untuk kanok kanok.
wakil kepade abang peli dijempot semue saudere mare die jauh dan dekat pade tarikh diatas.gambor depan beloh kiri blog pak chik teeh pakei baju batek meroh jambu yang bersongkoktu kawas leh teeh.kaloh tok lebei weh,eh eh eh bergurou aje weh jangan maroh.
wassallam.