Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 15 Mac 2010

Menjejak Pos Senderut



Apa dialami oleh kami dalam perjalanan ke sebuah penempatan Orang Asli di Daerah Lipis jauh meleset keadaan dan cabarannya dari apa yang kami bayangkan. Pada jarak 35.8KM ke Pos Senderut kami semua terpaksa berdepan dengan beberapa rintangan berupa runtuhan batu besar dan lurah-lurah dalam dipermukaan jalan serta dihadiah oleh beberapa tebing runtuh yang menyempitkan lagi laluan yang telah tersedia sempit.



Kejutan pertama bilamana terpandang satu papantanda yang menyatakan kami akan menempa jarak sekian-sekian KM ke Pos Senderut. Sambil turun dari kenderaan, saya menghampiri papantanda tersebut yang tertulis 'Klinik Desa Pos Senderut' 27650 SG KOYAN - 35 km. Berbagai andaian mula bermain dibenak otak kami masa tu; sah akan balik malam, macamana jika tayar kereta pancit, bagaimana pula jikalau kenderaan tersangkut, yang harunya didalam penempatan tersebut pulak memang sahih tiada kedai makan untuk makan tengahari dan berbagai lagi telahan bermain dikepala.
Saya memandang kearah 2 rakan saya yang turut berdiri disebelah saya yang sememangnya menanti kata-putus samada saya hendak teruskan kesana atau sebaliknya. Apa langkah pertama yang perlu saya pastikan adalah 'mesin pemotong pokok Chain-Saw', itu pertanyaan sulong yang saya ajukan kepada Ketua Zon En Harun. Setelah mendapati peralatan berkenaan ada dan berkeadaan berfungsi, saya mengambil keputusan untuk meneruskan apa yang telah dirancang.
Faktor Pemandu pemacu 4 roda kami yang masih baru memegang jawatan turut menghakis keyakinan saya untuk duduk selesa disebelah beliau. Hehehe ala semua orang bermula dari tahap bawah, termasuklah juga saya dan otai-otai JKR lain. Setelah 20 minit perjalanan, kami disuakan dengan jalan berlopak dan berparit yang agak dalam.

Disebuah penempatan Pos Belau, saya meminta rakan saya itu berhenti untuk meletakkan gear pajero pada posisi 'Double Gear', sementara menunggu beliau menyudahkan urusannya saya mengambil kesempatan beramah-mesra dengan beberapa orang penduduk disitu. Menurut Tok Batin, jalan disitu sering berkeadaan licin bila menjelang musim hujan serta selalu berlaku kemalangan seperti motorsikal terjatuh dan kereta terbabas kedalam parit.

Sebenarnya untuk urusan menyelenggara jalan-jalan sekitar disini bukanlah satu kos yang rendah, ianya memerlukan bidangkuasa kementerian berkenaan. Apapun saya berkorbanlah juga untuk mendengar segala pemasalahan, sekadar dengar tapi tak termampu nak buat apa-apa. Diperhatikan dipersekitaran kawasan yang dimaksudkan oleh mereka, memang tidak dinafikan apa yang disuarakan oleh mereka.



Jalan ini hampir-hampir membawa kami kelurah tepi tebing dimana jika tidak cermat mengambil selekoh, alamat mencari pucuk paku dibawah tebing atau menyelam mandi diparit.. hehehe




Meskipun begitu, saya cuba juga untuk turun ke kawasan jalan yang rosak untuk menyaksikan sendiri tahap kerosakan untuk memudahkan urusan-urusan pembaikan. Cuba perhatikan kesan laluan air serta bekas alur tayar hilux, dalam gambarpun dah nampak dalam dan bahayanya.




Ini pulak satu jalan yang dilokasi sebelum jalan paling bawah, dimana cerunnya agak membahayakan terutama bila hari hujan.






Beberapa Km dihadapan pula saya terjumpa pulak satu jambatan balak yang dah uzur, hanya tanah je lagi yang menampakkan jambatan ini teguh tapi hakikatnya cuma mampu bertahan sebelum Raya Puasa ni aje lagi... hehehe.. yang naya nanti adalah sedara kita seperti guru-guru dan kakitangan kesihatan.



Ini pula pemandangan sebuah Jambatan konkrit yang dah senget akibat dihakis oleh air sungai dibahagian tebing dan tiangnya.






Digambar sebelah nampak satu lopak dalam yang berair, di tempat ini agak advanture jugak, dua kali Pajero terpaksa undur berikutan tersangkut akibat lurang yang dalam. Yang lucunya, badan kami turut kejang akibat menahan nafas dan bergayut pada pemegang atas yang tersedia bingkai tingkap manakala kepala terhantuk ke cermin bilamana kereta beralun kekiri dan kekanan.




Ditengah jalan antara Tual dan Champiens saya sekali lagi mengesan satu Jambatan lama yang tersembunyi dalam semak.






Hehehe apa kawan-kawan usik masa ni... Tenggiling mahal weh masa ni... hahahaha, tapi jangan cari penyakit ye... Tenggiling ni binatang yang dilindungi. Tadi tu gurau je. Kalau bawak bergurau taklah terasa letih sangat, tak gitu?




Setibanya dipuncak bukit yang paling tinggi, saya seperti biasa tidak melepaskan peluang untuk bergambar sekadar untuk dijadikan bahan siaran di Blog ini. Cuba kita peratikan keadaan dibelakang itu, sini cuacanya sejuk dan menyamankan.




Lagi satu jambatan yang diperbuat dari kayu balak, dimana kayu balak tadi disusun rapi dan diikat dengan kemas menggunakan wayar rope kemudian baru ditambak dengan tanak diatasnya.





Kelihatan digambar Harun membantu saya mengenalpasti serta mengukur jalan serta jambatan yang rosak






Ini Pula Jambatan besi yang dah usang dimana lantai plate tengahnya dahpun tercabut, begitu juga dengan tiang penyambut tengah yang dah hanyut dibawa arus. Sungai ini takderas bila kering tapi menjadi arus yang ganas bila musim hujan.




Jambatan Besi tadi diambil dari sudut tampak sisi.







Setelah hampir 3 jam setengah, barulah kami tiba di Pos Senderut.







Inilah Sekolah Kebangsaan Senderut. Masa ni semua kakitangan kerajaan yang bekerja disini telahpun pulang ke Kampung Halaman mereka kerana esoknya hari cuti.





Kelihatan juga Salah satu Pejabat Jabatan Kerajaan di Senderut ini.







Saya berkesempatan bergambar dengan salah seorang Pengawal keselamatan sekolah Pos Senderut.






Sebuah klinik di Pos Senderut








Pemandangan Pos Senderut juga tidak kurang menarik dan unik






Datanglah ke Pos Senderut, disini terlalu banyak tempat-tempat menarik seperti jeram, pemandangan yang menghijau serta menyelami kehidupan suku kaum asli yang peramah lagi mesra tetamu.





4 ulasan:

nurul berkata...

sy baru jew pegi kt perkampungan org asli pos senderut..
hehe seronok gile..mencabar..
sile lawati http://merdhieya.blogspot.com

atapakcek berkata...

Laa.. bila plak tuh? Pegi bebaru ni tak jumpe pun?

ELLA berkata...

Salam, teringat kenangan semasa bertugas di SK Senderut. Dari tahun 2005 hingga 2009. Byk kngn yg tak dpt dilupakan...Semuanye menjadi kngn yg terpahat kukuh di sanubari. Insyaallah, ade mase free akan sy ceritakan suka duka, duduk di tempat orang asli...hehheehehehe

ELLA berkata...

Salam, teringat kenangan semasa bertugas di SK Senderut. Dari tahun 2005 hingga 2009. Byk kngn yg tak dpt dilupakan...Semuanye menjadi kngn yg terpahat kukuh di sanubari. Insyaallah, ade mase free akan sy ceritakan suka duka, duduk di tempat orang asli...hehheehehehe