Petang selepas solat Jumaat, gerombolan Pecinta Alam Kampung Terap/Budu telah merintis satu lagi Projek Kampung kita dalam usaha memajukan semula Lata 7 tingkat di Ulu Air Jerning. Perbincangan saya dengan Ketua Skuad Kelab Rekreasi tersebut menggariskan beberapa Objektif demi memperkenalkan Kampung Budu menerusi sektor Pelancongan.
Sebenarnya banyak lagi yang bakal diusaha dan dimajukan antaranya:-
- Pemeliharaan Pelandok secara komersial.
- Paintball (Permainan ala millitary masakini)
- Penanaman sawah padi secara modern.
- Penanaman Keladi Kemahang (saranan YB Sofi)
- Gelanggang Motor Cross
- Riadah dan perkhemahan
- Taman Rimba Herba
- Jungle Tracking
- Menyelenggara dan Memperelokkan tempat bersejarah
- Pusat Silat dan Gendang Ketawak
- Bengkel melahirkan generasi celik it
- Homestay dan chalet bercirikan tradisional lama
- Membersihkan Gua Mendideh di Kg Jerning
- Membina mini empangan di Ulu Kipas untuk Sukan Air
- Membaikpulih sistem taliair paya sediada
- Membina Mini Dewan bagi kegunaan kuliah
3 ulasan:
Paye sape pulak nok di tengelamkan..tak cukup lagi ke empang radir yg dok ade...
Merancang bior lah berotok,mengikut biorlah pandei hi..hi..
hahaha.. bete kate ox tu su, payoh bete nok dinasihat ke sedare kite tuh,. harak ke ox je tolong2 nasihat keh sikit su, komeh letih dahh..
Dia pandir..hi..hi..
Lagi satu..mungkin ade org yg gunakan dia untuk popular...
Sbb kate nok sponsor lah..tapi syarikatnya mcm tak beduit je..pade penilaian kawas lah...semua keje nok free..atas alasan untuk kemajuan ha..ha..ha..
Jangan tergadei kg dah...
Catat Ulasan