Selasa, 2 Mac 2010
Paya Terbiar Sekitar Kampung Budu di Usahakan
Tahniah kepada kepimpinan Budu, khasnya YB Dato' Sofi ADUN Benta kerana bersungguh dalam mengubah landskap sediada Kg Budu ke landasan yang sepatutnya, begitu juga kepada Tok 4 kita (Pe Itam Cheng), Besor (Reizhan Enterprise), barisan AJK JKKK, Pemuda UMNO Budu serta tak lupa sifat sporting semua tuanpunya tanoh di Budu kerana bijak membuat keputusan membenarkan tanoh mereka dijayakan. Kesepakatan sebegini patut di contohi oleh JKKK kampung-kampung lain betapa perlunya kita memandang jauh kehadapan dalam usaha merebut peluang yang terbentang didepan mata demi peningkatan ekonomi penduduk setempat khasnya di Kampung masing-masing. Dengan rendah hati dan pandangan peribadi; Adalah disyurkan agar JKKK Budu memohon alatan tambahan berupa springkler (penyembur/penyiram automatik) berserta injin pam air disamping pam racun berinjin (tanpa perlu dipikul) iaitu jenis berpaip panjang, khidmat Jentera Pembajak dari Pertanian serta juga disarankan agar semua pengusaha menjadi ahli PPK (Koperasi Pertubuhan Peladang Kawasan Benta) sebagai langkah kemudahan membeli alatan susulan pada harga pakej/subsidi PPK berkenaan.
Sayang 1000 kali sayang
Andailah kesemua paya-paya terbiar Terap dan di Jerning, Ulu Budu, Ulu Belewok, Ulu Terap, Kipas besor, cerok sage, geriat, cherang, kipas kecik, ulu air, lebok sekitarnya turut di jayakan ... lebih lebih lagi dilangsung-usahakan Empang Radei, diperelokkan semula anok sungei bukit lada, alur radei, batas batas paye tepi empang tu,..tak dapat dibayangkan betapa meriahnya suasana adik kakok di Terap Budu menjalankan usaha... sayang 1000 kali sayang penarikan diri disaat akhir kampung terap amat kita kesali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Pak chek nok tanye sikit..
Bila boleh merase buoh nangka madu tu...
Mcm tak sabo,,pulak nok rase mkn nangka dari kg kawas hi..hi..
tak tau la.. dedengor musuh banyok sanget.. habis nye cabet anok2 pokok nangke tuh.. deme agoknye bantei cakak beso agoknye su.. tanam mende2 nih pantang dia jangan cakak beso.. alamet habislah kena punoh di musoh..
Ha..Ha.. Kalau dulu ade mende nok di kambing hitamkan.
Kini ade satu lagi alsan apabila sesuatu projek bermasaalah,, iaitu.....BABI HITAM hi..hi..
Tak cukup ke zink 12 tan nok buat pago( sumber dari jab.pertanian )
Mane maufakat nyer..mane kerjasama nyer
entah lah pulak tu.. pertanian ni kos dia nampok je remeh, hanafiah kawan keh habis 43 ribu untuk tanoh 12 ekar je.. dengor pengalaman kengkawan, pucat muka pulak nok buat projek hehe..
Catat Ulasan