Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 11 Mac 2010

Pos Lenjang - 39.2KM dari Pos Betau

Bermula dari Kuala Lipis, kenderaan Pemacu 4 Roda kami mula bergerak pada kelajuan sederhana menghala ke Koyan 1, tidak banyak yang kami bicarakan sewaktu berada didalam kereta, maklumlah masing-masing belum menjamah rezeki lagi,.. Setiba di Pekan Koyan 1 kelihatan suasana di situ seperti ada majlis tertentu, lengkap dengan payung-payung yang bertebaran serta dipenuhi dengan riuh rendah lautan manusia,.. laa hari ni khamis rupanya, Pekan Sehari Koyan 1 hehehe..


Tanpa menghiraukan Pekan Sehari tersebut, kami perlu mencari secawan teh dan sepinggan nasi lemak terlebih dahulu. Setelah menikmati sarapan pagi, saya berehat sambil menarik sebatang rokok.. biasalah bila siap sarapan atau makan, rokok tetap jadi menu penutup. Sambil bersandar, tetiba saya terpandang seseorang yang rasa-rasa pernah kenal, seorang orang kuat Pos Betau, Tok 4 Mat Selalu juga tengah memesan makanan untuk sarapan pagi. Eloklah bisik saya, pucuk dicita ulam mendatang..lalu saya pelawa beliau duduk semeja bersama kami sambil bersalaman dan bertanya khabar. Setelah habis menikmati rezeki pagi itu (nasi lemak lauk Gulai Tempoyak Rom (Perah), sambal belacan dan sayur masam keladi lambok), saya mula membuka perbualan dan bercerita mengenai hajat saya untuk mengajak-serta Tok 4 Pos Betau itu bersama kami ke Pos Lenjang.
Tanpa membuang masa, saya mula bergerak menghala ke Pos Betau, iaitu destinasi pertama sebelum ke penempatan sebenar kami iaitu Pos Lenjang.
Sambil melayan rakan-rakan di kusyen belakang berbual dengan rancak dan happy, saya menyemak senarai jalan-jalan yang bakal di ukur, terdapat 4 jalan kesemuanya, nasib baik lah Tok 4 ni ada serta, kalau tidak pening juga hendak tahu arah mana yang hendak dituju.
Jalan yang perlu di buat quatation tidaklah banyak mana, cuma 4 tempat sahaja iaitu melibatkan Jalan Pos Betau ke Jalan Pos Lenjang, Jalan Simpang Pos Lenjang ke Jalan Cincin, Jalan Pos Lenjang ke Pos Titun serta satu Jalan berasingan iaitu Jalan Simpang Koyan/Raub ke Pos Senderut.
Keadaan jalan sepanjang Pos Betau ke Pos Lenjang tidaklah terlalu sukar untuk di lalui, tidak macam masa-masa saya bekerja di Pejabat Daerah dahulu, dimana jalannya amat mencabar dan sukar untuk di lalui, kebanyakan jalan-jalan telahpun di perbaiki. Lagipun cuaca sekarang agak panas dan menghadap ke musim kemarau. 



Namun begitu ada juga sesetengah jalan yang agak teruk, berlopak, dicemari tebing runtuh serta perparitan yang tidak terurus.






Satu anak sungai yang perlu diselenggara.







Longkang tanah ini perlu di naiktaraf menjadi 'Longkang V shape and Manhole konkrit/wingwall'.






Aikk.. Jalan Konkrit... ok ni. Boleh diteruskan jika jalan jenis ini mempunyai daya tahan serta berkemampuan memberi keselesaan kepada penduduk Pos Lenjang..





Hai yaa.. Masa ni mana ade dah Jambatan dari Kayu Balak Tok 4 wehhh... sungguhpun hanya berpelantarkan kayu.. tapi cukup teguh, setakat lori balak tu senang2senang je lalu ...hehehe 






Muh kita ukur muhh.. ox je harun ukur.. kawas letih dah aaaa meredas semok tadi..






Culvert yang dah lama tidak diselenggara







Lawa kawasan neh yek? air sejuk macam air batu...























































Tok 4 Mat Selalu.. tengoh menikmati pemandangan di Sungai Betau dari atas Jambatan. Jambatan ni juga dibawah jagaan dan seliaan saya semasa di Pejabat Daerah.





Saya sedang menghayati keindahan alam disitu.. memang menarik dan sesuai untuk dibangunkan menjadi kawasan perkelahan... geram-geram nak menyelam mandi. Menghiasi sudut belakang foto ini tersergam teguh Jambatan konkrit yang juga satu projek yang membawa tuah kepada kerjaya serta bertindak sebagai penjana kepada semangat saya. Alhamdulillah..; 2008 - anugerah perkhidmatan cemerlang. 2009 Johan Anugerah Pengurusan Jalan Terbaik Pahang dan membantu Jabatan meraih Johan Keseluruhan Negeri Pahang.





Mari pula kita tinjau kehidupan satu keluarga kaum semai di Lenjang dan pemandangan indah yang amat cantik serta tersendiri.






Dihalaman rumah mereka begitu bersih, semak dan belukar sentiasa di selenggara dengan rapi. Tak dinafikan mereka ini kaum yang rajin. Kereta yang kita nampak digambar itu adalah kereta peniaga kain, berjaja dari rumah kerumah.




Teriakan mak cik ini membuat saya tergamam,..dia dengan nada bergurau memaklumkan rumah dia akan membuat kenduri.. lalu mempelawa kami menolongnya menggali ubi kayu... hehehe begitulah suasana ceria mereka, amalan kejiranan masih tumbuh subur disini.




Setelah bersalam dengan semua penduduk disitu, saya memohon diri untuk meneruskan perjalanan. Disepanjang perjalanan, kami di pertontonkan dengan beberapa pemandangan yang jarang-jarang kita dapati di tempat kita.




Walaupun keadaan jalan yang tidak sama rata dan berbonggol-bonggol, namun pada riak wajah kawan-kawan jelas terbayang kegembiraan dengan anugerah pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit





Sewaktu kereta kami menuruni satu cerun jalan, saya terpanggil untuk mengabadikan satu pemandangan yang menarik.. .






Inilah Gunung Bukit Telor, dikakinya terbentang satu perkampungan yang di gelar 'Pos Titun'. Jika tiada apa aral melintang, saya akan ke Pos Titun untuk menyambung kerja saya.





Setibanya saya di Sekolah Kebangsaan Lenjang, saya disambut mesra oleh Cikgu Rosli. Kebetulan mereka (para pendidik gigih) ini baru saja selesai mengelolakan satu majlis pemberian Wang Galakan kepada ibubapa dan penjaga sebanyak RM450.00/seorang pelajar. Teruskan lah jasa dan kebaktian kalian kepada anak bangsa.


Selami Dilema Kerjaya seorang Pendidik...KLIK SINI

Saya agak terpegun dengan kegigihan seorang anak tempatan yang sanggup menjadikan kenderaan beliau sebagai pengangkutan untuk anak-anak kesekolah. Inilah rutin kehidupan kaum orang asli demi memberikan setitik ilmu pelajaran kepada generasi pemangkin..




Pelajar-pelajar sedang menikmati makanan, iaitu satu skim bantuan makanan yang dikhaskan untuk anak-anak sekolah di Lenjang.






Tempat perbarisan dan penyampaian amanat mingguan Pendidik kepada pelajar-pelajar.

2 Billion untuk 'Projek Solar Hibrid' - untuk 6 Sekolah Pos-Pos Asli Lipis




Disebalik banjaran yang terbentang gagah inilah Sungkai, Perak.







Menuruni Bukit Rayong ini pula adalah Tanjung Malim, Perak.







Manakala berkabus tinggi di sana, tersembunyi Kampar, Perak







DIpercayai disebalik bukit ini adalah Kelantan

3 ulasan:

kerol berkata...

terima kasih atan diatas foto2 yg menarik gulai asam rom sedak amat gaye nye

Tanpa Nama berkata...

ek..ek...pakcik permandangan disitu mengeteh rase cam nok mandi je....tu klu mengail best juge ye...tp yg paling mengeteh lauk ikan masak tempoyok tu la...hahaha

Suba

atapakcek berkata...

hehehe memang disini banyok weh ikan... bulan lepas kawas terkejut tengok ikan sebarau sebesar lengan kita.. orang asli bagi ke kumpulan komeh, sebabnya kawas beri ke satu keluarga teh biskut tawor dengan ikan sardin. elok met lah kalau minat ngail.. sepanjang sungai antara betau hingga lenjang sentiasa dipenuhi lubuk-lubuk ikan yang jenjarang di kail.. nok pegi cakap je bila, kawas boleh beritau tok batin supaya sediakan apa yang patut.. nok sewang tak berani janji lah hehehe.. itu kena selit-selit agenda orang2 VVIP la.