1. BELIMBING BULOH Buah Belimbing Buluh berbentuk bujur dan memanjang. Warnanya hijau kekuningan. Setiap buah mempunyai 4-5 bonggol yang tidak kelihatan. Apabila telah masak, isinya lembik dan mengandungi banyak air serta rasanya masam. Walaupun begitu, ia tetap menjadi kegemaran kanak-kanak yang memakannya bersama garam halus.
Khasiat Belimbing
Berguna untuk menghilangkan bau getah buku pada tangan (khas untuk penoreh getah bila balik memotong), sangat berkhasiat untuk mengilatkan kuku jari tangan; caranya,.. gosok isi buah berkenaan pada kuku dan tengok hasilnya.
Dipercayai ianya dapat mengubati Penyakit Darah Tinggi dan akar pokoknya jika direbus berguna pulak untuk penjarang kelahiran (bagi yang berhajat untuk mengawal kehamilan).
Teknik Merebus Belimbing
(Rebus belimbing tadi tanpa air; campur dengan garam kasar (sukatan dia agak-agak la) + sedikit gula pasir, kuali sebaiknya gunakan kuali besar yang tebal, rebus selama 7 - 8 jam)
Selepas siap rebus.. curah belimbing yang siap tadi dalam satu bekas, Untuk mencuci Kuali kita tadi: rebus pulak daun-daun macang (perlu 30 - 40 helai), selama 1 ja m, bilas dan berus dengan sabut kelapa kuali tadi; ulang 2 kali proses-proses tadi.
Sambel Itam
Bagi sesetengah orang ia memang terlalu asing dengan namanya. Sambal Hitam adalah makanan istimewa orang Lepeh. Sambal Hitam ini memang sedap kalau dimakan bersama gulai ikan sungai atau dengan kerabu umbut Bayas. Bahan utama untuk membuatnya adalah ikan bilis dan belimbing buluh.
Bahan-bahan:
1
0 ulas cili api
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
6 keping belimbing rebus (hitam)
segengam ikan bilis
(garam last sekali.. sebab belimbing tu dah masin)
minyak masak
Cara:
tumbuk cili api bersama garam hingga lumat.
Masukkan bawang putih – tumbuk
masukkan bawang merah – tumbuk
masukkan belimbing hitam – tumbuk
masukkan ikan bilis – tumbuk kasar
masukkan minyak ke dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Goreng hingga ikan bilis agak garing. angkat dan hidangkan.
2 ulasan:
Salam,
aok ni atan buat keh terliur je nengok sambal itam tuh. bile aok nak gi kuantan. kala aok gi kuantan? kirim la sket sambal itam tuh kat keh ni.
-BLACK-
hehehe.. nok bete ke nih.. nanti lah.. keh buat se tupperware keh bak ke kuantan.. black, komeh de lepeh nih belakeh tengok ketor lutet nih bimang name naik kena tuko hahaha..
Catat Ulasan