Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 21 Mei 2010

Menapak di Jalan Berbukit-Bukau Pos Tual, di Pedalaman Lipis

Kereta Tua Jabatan merangkak uzur meniti dan meranduk jalan-jalan berlurah, diselangi bunyi hantukan aras lantai dan birai dinding menggesel bebatu yang terdapat dipermukaan serta tebing jalan. 

Disaat sebegitu, geroh dan kemalapetakaan 90% bergantung kepada kepakaran dan cara lenggang-genggaman pemandu melayan setering. Jika terlalu berhati-hati dalam memandu pun tidak diharuskan, ini kerana distinasi yang dituju masih jauh.


Untuk bergegas pada tahap kelajuan melampau.. lagi tidak digalakkan; Selain mempercepatkan kami terus pencen jadi orang, dibimbang untuk ketempat yang ditujui tidak sampai.. kami sekumpulan pulak terlantar berbungkus bangkas di wad hospital.. 

Mintak simpang jauh-jauh laa ye kejadian yang kita semua tidak ingini.


Maklumat Kad Hijau CIDB - Perlindungan insuran: Klik Sini


Pada pagi 20hb Mei 2010 bersamaan hari khamis, gerombolan yang turut serta ke Pos Tual seramai 8 orang kesemuanya dimana melibatkan 2 kenderaan Pajero, 4 orang pelajar Praktikal, 2 orang pemandu, Ketua Zon dan saya. 

Tujuan kami ke kawasan pedalaman ini antara lain adalah untuk memperincikan kerja-kerja perlu bagi satu sebutharga di kawasan berkenaan selain mengenalpasti kerosakan jalan antara Pos Reggam hingga ke Pos Sinderut. 

Pos Tual berkedudukan ditengah-tengah Pos Champiens dengan Pos Reggam. Keadaan muka jalan; Tuhan je yang tahu tenat dan teruknya.. Betullah rungutan sesetengah Kontraktor berhubung keadaan jalan di sini; dua bukit (Bukit Champiens dan Bukit Tual) memang diakui terlalu tinggi. 

Difahamkan juga pihak Pembekal (Tuan Punya Hardware di Lipis) keberatan menghantar material. Dirisik-risik dari mulut pembekal juga, rata-rata mereka begitu fobia untuk ke penempatan orang asli disini, ini berikutan lori mereka selalu sahaja mengalami kejadian dimana gear-box pecah. hehe, hai tak mudoh lah juge kan.. berapa ribu pulak kos nok baiki gear-box tu.. patut jugalah Tauke tu bertindak begitu. 

Setelah diamati dan dialami, saya berkeputusan; jalan bukit yang paling bermasalah adalah jalan Bukit Tual (612m panjang) diikuti kedua bahaya: jalan Champiens(580m) dan tanpa menidakkan jalan-jalan yang lain seperti jalan antara Reggam - Sinderut (permukaan berbonggolkan batu) serta kerosakan (berpilih) disesetengah tempat antara Champiens ke Sinderut, namun itu hanya pendapat peribadi saya. 

Waktu makan tengahari kami hanya sekadar berehat di satu tempat ditepi Sungai Jelai Kecil, makanpun hanya makanan kering dan roti. Dalam hati kesian juga menengok adik-adik praktikal tu minum air mineral, hehe.. nak buat macamana;.. Maaflah adik-adik beginilah keadaan sebenar bekerja luar disaat 'ujung bulan', pernah satu masa dulu kami seharian ke Pos Orang Asli tak menjamah apa-apa, kebetulan waktu tu nak jadikan cerita.. kesemua kami (3 orang)  dilanda kemarau poket ujung bulan.. last-last pakat puasa belake.. hehehe.



Apapun terima kasih kepada pihak Jabatan kerana menaruh kepercayaan kepada saya, begitu juga rakan-rakan sekerja yang tanpa jemu membantu saya membuat pengukuran demi pengukuran dan terima kasih paling istimewa untuk adik-adik praktikal; seronok ye menghayati pemandangan berupa landskap alam semulajadi, menghijau serta udara yang sejuk, dengan lata (air terjun kecil) yang bertingkatnya, hamparan batu ditepian sungainya seolah berlantai kan? InsyaAllah kalau umur panjang, dilain kesempatan kita akan berkunjung lagi ke Pos Tual, sebuah penempatan yang menyembunyikan seribu keindahan dan keunikan ciptaan Allah Swt.  

1 ulasan:

joha berkata...

nampak nama cherang tu terpanggil nak buat pos. Orang sekarang munkin tak tahu makna cerang tu.. dulu semasa kecil, selalu ikut ayah menebang dan membuka tanah hutan.. itu kami panggil cherang, tanam padi, jagung, labu dan sekoi..
selalu makan jagung bakar... best


Memories of lipis

http://memories-of-lipis.blogspot.com/

..that was the life, a life of songs and dances, floating to the euphoria of dreaming pastime, a habit that is like cancer, silent but creating the damages within the very fabric of existence.