Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 4 Jun 2010

KUGIRAN TERKENAL ORANG ASLI POS BETAU AKAN BERKUNJUNG KE LIPIS PADA 18 dan 19JUN,2010

  • Kedatangan Zulkifli Ahmad (sepupu) meminta agar saya mendapatkan khidmat mana-mana kumpulan muzik untuk perkahwinan anak beliau di RPSB Kampung Penjom amat berat untuk saya tolak.

  •  







  • Sebelum itu saya telahpun berpinor bijik mata menguruskan khidmat Audio Karaoke untuk Majlis menjemput menantu adik kepada seorang waris di Kampung Cherang, Budu..alhamdulillah, urusan mendapatkan karaoke berkenaan telahpun berjaya saya dapatkan dan akan beroperasi pada malam ini (5hb jun) jam 9.30mlm. 







  • Termenung juga saya pada kali ini, dari pengalaman yang sudah sudah, kesukaran yang paling tenat dalam menguruskan bab bab kugiran orang kawin ni adalah menyelenggara urusan tersebut.







  • Penyelenggaraan yang saya maksudkan termasuklah urusan merisik kekosongan jadual kumpulan berkenaan, kata-putus selalunya agak memakan masa untuk kita ketahui; maklum saja persetujuan pemimpin dengan ahli-ahli kugiran mesti diambilkira.







  • Selalunya pemain muzik tersebut akan mengambilkira kadar upah adakah berpatutan atau sebaliknya, berapa duit deposit hendak ditetapkan. Duit pendahuluan ini biasanya akan ditetap pada peratusan 5% dari jumlah keseluruhan upah. Seandainya pihak tuan rumah engkar (membatal konsert) alamat duit deposit ini hangus..






  • Soalan lazim yang popular diajukan kepada kita adalah;
  • 1. Tempat Majlis tu dimana..?



  • 2. Jauh dari Simpang agak-agak sejauh mana..?



  • 3. Jalan terus ke Halaman rumah ke..? 



  • 4. Pengangkutan memunggah nak pihak tuan rumah sediakan kereta atau geng kugiran sedia..? 



  • 5. Majlis tu buat siang malam atau siang sahaja..? 



  • 6. Malam tu ada gotong royong masak ke?



  • 7. Agak-agak habis masak semua sekali sampai pukul berapa..? 



  • 8. Wakil tuan rumah nak tunggu di simpang mana..? (andai jalan menghala ke majlis agak bersimpang-sior lahh)



  • 9. Sampai je di sana nanti, kitorang terus je main atau makan dulu..?



  • 10. Urusan pembayaran penuh nak berurusan dengan siapa sebenarnya..?





  • 2 ulasan:

    Perentas masa berkata...

    bekerontong la kiteh weh hee..heee
    teringat zaman dulu bila ade kenduri kawen di terap jemput kugiran main mase teh tak edeh karaoke lageh..

    atapakcek berkata...

    hehe.. tapi tak confirm lagi jadi ke tidak, sebab tuan rumoh setengoh minat karaoke (sebab senang nok nyanyi..ada senikata), budak2 muda minat kugiran.. tengok la dulu