Khidmat Penterjemahan

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 4 Jun 2010

Solat Hajat Untuk Umat Palestin di Masjid Jamek Kuala Lipis

Penduduk Kuala Lipis telah menunaikan 'Solat Hajat' bagi memohon pertolongan dari Allah Swt. Solat berkenaan telah diadakan sebaik sahaja selesai Solat Jumaat. 



Alhamdulillah seakan tidak surut bilangan kami jika dibandingkan antara bilangannya dengan jumlah sembahyang Jumaat yang sebelumnya. Rasa terharu amat ketara dirasakan bilamana Imam Besar memanjangkan masa sujud, dimana ramai diantara jemaah yang menyempurnakan sujud (Ketahui Rahsia Tersembunyi Sujud .. KLIK SINI) diiringi rasa sebak yang amat sangat. Ya Allah hanya ini sahaja yang termampu disahut oleh kami, hanya sekadar sebaris dua doa, kekuatan kami hanya simpati berupa sembah sujud memohon semuga ada limpah kurnia darimu ya Allah agar kemenangan Islam akan diraih di Bumi Palestin. Segera dan jangan ditangguh kurniaan kemenangan untuk mereka.

Tiada ulasan: